Refleksi puasa - hari kedua

Hari kedua berpuasa lebih baik berbanding hari pertama. Ini kerana badan dan minda semakin menyesuaikan diri dengan puasa. Oleh itu, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan cerianya.

Mengantuk - mata mengantuk semakin berkurangan berbanding hari pertama puasa. Namun begitu, semasa rehat tengah hari, sempat melelapkan mata di meja sementara menunggu solat Zohor. Pengalaman ini boleh dirasai bulan Ramadan sahaja kerana dihari biasa memang tidak kesempatan untuk melelapkan mata.

Berbuka - hari ini berbuka di rumah. Makanan dibeli di pasar Ramadan dengan kadar sederhana. Ianya cukup untuk berbuka dan bersahur. Pasar Ramadan yang di singgah hari ini ialah Setapak Jaya. Dekat dengan rumah dan pengunjung sangat ramai..:)

Terawih - Alhamdulillah, jemaah masih ramai seperti semalam. Solat terawih hanya dilakukan 8 rakaat sahaja. Masih ada sedikit mengantuk semasa solat terawih.

Rumusan - hari kedua puasa menunjukkan Sop semakin menyesuaikan diri. Diharap puasa akan terus berjalan lancar.
Previous
Next Post »