Pasar Ramadan Seksyen 1, Wangsa Maju

Semalam, berkesempatan ke Pasar Ramadan Wangsa Maju Seksyen 1 untuk membeli juadah berbuka puasa. Untuk mengelakkan kesesakkan, kami keluar lebih awal iaitu selepas solat Asar. Namun begitu, kekurangan parking memaska Sop hanya mampu menunggu dalam kereta.

Pujian harus diberikan kerana terdapat pasukan RELA yang menjaga kesesakkan lalulintas tersebut. Ia dapat memastikan perjalanan jalan tersebut lancar.

Sepanjang jalan tersebut, kelihatan pelbagai jenis juadah yang dijual. Tradisonal atau moden, berat atau ringan, makanan atau minuman semua terdapat di sini. Harus diingat, beli mengikut kemampuan, bukan mengikut nafsu.

Juadah yang biasa dibeli di pasar Ramadan ialah kuih muih tradisional dan minuman seperti air buah dan soya.

Kepada sesiapa yang ingin melihat juadah berbuka di sini, ia berhampiran dengan Jaya Jusco Wangsa Maju dan Stesyen LRT Wangsa Maju.

Galeri gambar:
Previous
Next Post »