Menu berbuka hari ini

Hari ini kami berbuka di rumah mertua bersama ahli keluarga yang lain. Oleh demikian, agak banyak juga menu untuk dijamu. Kebiasan berbuka di rumah, hanya sedikit kuih dan 2 atau 3 jenis lauk sahaja. Sop kebiasaan berbuka mulakan dengan kurma dan seterus menjamah nasi.

Kuih biasanya jarang Sop makan kecuali selepas terawih. Menu berbuka di rumah mertua hasil masakan mertua dan juga dibeli dari pasar Ramadan. Sop dan keluarga ke pasar Ramadan Setiawangsa hari ini.

Pasar Ramadan Setiawangsa yang terletak di depan perumahan Setiawangsa sememangnya ramai pengunjung. Ini kali kedua kami ke sana. Harga yang ditawarkan juga agak murah dan berpatutan. Namun begitu, parking agak sukar dan perlu diletak sedikit jauh.

Galeri gambar:
Previous
Next Post »