Malam tadi baru sahaja mula membuka blog, Azwar dan Azfar mula untuk tidur, tiba-tiba Mama memaklumkan hidung Azwar berdarah kembali. Selepas dilap dengan kain basah, darah tersebut berhenti. Namun begitu, kami tidak beberapa puas hati dan mengambil keputusan untuk membawa Azwar ke Hospital. Jam 11.00 malam kami ke Hospital Gleneangles Intan, Jalan Ampang untuk membuat pemeriksaan.
Adalah lebih baik membuat pemeriksaan dari biarkan sahaja! Bimbang juga jika perkara tidak diingini berlaku.
Selama hampir 2 jam menunggu (siapa kata hospital swasta cepat berbanding kerajaan?), akhirnya kami dapat berjumpa doktor. Selepas memeriksa dan bertanya soalan, doktor pun memberi penjelasan. Hidung berdarah adalah perkara biasa dan selalu dialami oleh kanak-kanak atau remaja. Ia berpunca dari bebuluh darah dalam hidung yang lembut dan sensitif. Kebarangkalian menyebabkan ia berdarah adalah beberapa faktor seperti bermain panas, terlalu aktif, mengosok bahagian hidung, korek hidung dan sebagainya. Selepas perjumpaan beberapa minit, kami pun selesai. (suka dengan doktor yang bertugas, sangat sopan)
Mungkin ia membuang masa pergi berjumpa doktor TETAPI adalah berbaloi mendapat penjelasan dan membuatkan hati kita senang. Setuju? Terima kasih.
Tiba di rumah dalam jam 1.00 pagi. Mata agak mengantuk, tetapi teruja untuk update entry ini. Agak-agak esok terjaga tak untuk sahur? huhuhu..
Galeri gambar:
lap menggunakan kain basah untuk keringkan darah |
menunggu giliran berjumpa doktor |
selesai, terima resit pembayaran |