2 hari tiada entry blog

Selama 2 hari Sop tak dapat update blog kerana kami sekeluarga telah ke Johor untuk percutian. Percutian ini tidak dirancang awal sehingga Sop tidak dapat menyediakan auto publish entry dan sangkakan boleh membuat update di sana. Malangnya broadband terlupa bawa sekali bersama laptop. Tune Hotel menyediakan WiFi berbayar tetapi rasa rugi untuk subscribe kerana bayaran ialah untuk 24 jam minimum. Sop jangka akan mengguna hanya seketika sahaja. Di bawah hotel juga menyediakan perkhidmatan komputer dan internet percuma malangnya terlalu ramai yang menggunakannya.

Percutian ini sebenarnya meraikan Birthday Mama yang menyambut kelahiran pada 2 Ogos 2010 baru ini. Ikuti perjalanan kami ke Johor yang akan di publish secara berperingkat untuk meringankan setiap entry. Terdapat banyak gambar untuk dimuatnaik.

Selama 2 hari tidak blogwalking, traffic telah jatuh! Kuat sungguh kuasa traffic oleh blogwalking yer..!!
Previous
Next Post »