14 July 2010

Premiere Screening of Inception

Baru jer balik dari GSC Mid Valley menonton cerita ini. Perjalanan bermula petang tadi, selepas kerja, balik rumah dahulu, kemudian dan bersiap kembali keluar ke Mid Valley.

Tiba di Mid Valley jam 8.00 malam dan di GSC masa itu dipenuhi dengan pengunjung untuk mengambil tiket untuk screening movie. Terdapat 2 screening movie malam ini iaitu filem Inception dan Ong Bak 3. Screening ini bukan sahaja untuk Nuffnang tetapi terdiri dari media lain seperti Sinar FM, Lite FM, wakil berita dan lain-lain.

Wakil Nuffnang tiba ke kaunter penyerahan tiket screening jam 8.30 malam. Pada masa tersebut, keadaan di GSC telah reda dan pihak lain hampir selesai menyerahkan tiket masing-masing.

Semasa mengambil tiket, hanya perlu nyatakan emel address sahaja kerana senarai nama jemputan telah tersedia. Aku menerima 2 tiket dan 1 lencana i love Nuffnang.

Mengenai filem Inception pula, bagi pendapat aku, cerita ini agak perlahan dan sangat rumit jalan ceritanya. Ia berkaitan dengan sistem memasuki alam mimpi untuk mendapat rahsia, menambah maklumat dan sebagainya berkaitan dengan fikiran manusia. Oleh itu, mereka menggunakan mimpi sebagai tempat berjumpa dan beroperasi.

Maklumat lanjut, sila kunjungi pawagam yang terdekat.

Galeri gambar:


EmoticonEmoticon