Lawatan kerja ke Sabah Hari 3

Hari ketiga lawatan ke Sabah, kami meneruskan aktiviti melawat sekolah yang ke dua dan kali ini sekolah sekitar Kota Kinabalu sahaja. Ini bertujuan melihat sekolah jenis perdalaman dan juga di pusat bandar. Oleh itu, kami boleh membuat perbandingan antara kedua sekolah tersebut.

Selesai melawat sekolah, kami mempunyai sesi bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah pada belah petang. Aktiviti rasmi kami selesai sehingga jam 5.00 petang.

Terdapat ahli rombongan yang pergi melawat sekitar bandar Kota Kinabalu pada petang tersebut. Bagi yang ingin berehat, boleh kembali ke penginapan di Penampang.

Pada malam tersebut, kami mempunyai majlis makan malam di Penampang.

Selesai majlis makan malam tersebut, kami memulakan aktiviti sendiri dengan melawat pasar malam Kampung Air. Sebelum ini, kami tidak berkesempatan untuk singgah untuk melihat sekeliling. Kami dimaklumkan bahawa mutiara dan batu permata lebih murah di pasar malam tersebut.

Pada pendapat aku, jika ingin mendapat harga yang murah, perlu pandai tawar menawar. Oleh itu, anda perlu meninjau ke beberapa buah gerai untuk membuat perbandingan.

Galeri gambar:
Previous
Next Post »