Google Chrome bermasalah


Apa masalah dengan Google Chrome pada laptop aku? Kadang-kadang kerap berlaku yang mana tetiba Google Chrome berhenti berfungsi. Ini sangat memberi tekanan kepada aku. Bukan sekali sekala tetapi kerap terjadi. Apabila menjalankan aktiviti blog walking, tetiba berhenti berfungsi dan terpaksa ditutup.

Aku telah cuba membuang dan memasang balik Google Chrome tetapi masih terjadi. Adakah terdapat masalah dalam sistem Windows 7 aku?

Sebelum ini, aku menggunakan Firefox tetapi setelah dapat membezakan kelajuan Google Chrome, aku terus setia menggunakan Google Chrome sama ada pada PC pejabat atau PC di rumah. Kedua PC tersebut tiada masalah kecuali laptop ini sahaja.

Ada sesiapa boleh bantu?
Previous
Next Post »