04 July 2010

Blom hantar entry LG Party


Masih tercari-cari idea apa nak tulis entry "I Love to Touch My _____". Kalau tulis cikai-cikai, nanti tidak terpilih pula untuk ke party tersebut.. Kalau tulis bagus-bagus, mana tahu boleh menang entry terbaik?

Oleh itu, beberapa konsep sedang bermain dikepala dan berharap sesuatu idea yang unik boleh terkeluar. Seperti biasa, untuk memenangi hati Nuffnang, kita perlu unik dan kreatif serta lain dari yang lain. Itu yang sukar tuh! Berdasarkan analisa pemenang-pemenang peraduan Nuffnang sebelum-sebelum ini, semua menggunakan teknik graphic yang hebat dan berbeza dari peserta lain. Oleh itu, aku perlu keluar dengan gambar-gambar yang menraik dan hebat.. Boleh ker?

Sekurang-kurangnya entry yang aku hantar boleh mendapat jemputan ke party tersebut pun kita okey..!! Party anjuran Nuffnang mesti happening! Tak caya, tanya bloggger yang pernah ikutinya. Paling tidak, blogger akan membawa buah tangan (goodies) dari party tersebut.

Monster? Tema yang agak sukar untuk dikaitkan dengan Mobile LG.. Cam mana nih?
Ada rakan-rakan nak berkongsi idea apa yang aku perlu buat?

Maklumat mengenai party LG ini, sila rujuk sini.


EmoticonEmoticon