Tips menyambut hari bapa


Sebelum memulakan bicara, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa. Semoga terus menjadi bapa yang cemerlang dan sentiasa mendapat rahmat daripada Tuhan yang Maha Esa.

Mungkin ramai yang telah merancang untuk menyambut Hari Bapa ini untuk meraikan bapa atau diri sendiri sebagai bapa. Terdapat banyak cara untuk meraikan hari istimewa untuk menunjukkan betapa istimewanya bapa kepada anak-anak. Kebiasaan perancangan banyak dilakukan oleh anak-anak untuk para bapa.

Berikut beberapa tips untuk dikongsi sebagai menyambut Hari Bapa:

  • Menyediakan hadiah - kebanyakkan hadiah bapa mengikut bajet. Jika bajet anak besar, besar juga nilai hadiahnya. Tapi yang paling penting ialah mesti hati yang ikhlas. Para bapa rasanya tidak kisah hadiah itu murah atau mahal tetapi ia amat berharga jika hadiah tersebut dari anak mereka.
  • Menyediakan jamuan - ini juga ramai dilakukan kerana ia memberi peluang untuk keluarga berkumpul bersama-sama. Kebiasan adik-beradik akan berkongsi bajet untuk makan di tempat istimewa. Selain bapa, ahli keluarga juga boleh menjamu selera.
  • Menyediakan kad ucapan - Sekiranya bapa jauh dimata, kad ucapan sebagai pengganti diri.
  • Membuat ucapan hari bapa - tidak kira jauh atau dekat, ucapan hari bapa dan menyatakan anak-anak menyanyangi bapa sudah memadai. Bapa amat terharu jika anak-anak mengambil berat dan menghargai jasa-jasa bapa.
  • Mendoakan kesejahteraan bapa - sentiasa berdoa supaya bapa merima hanya yang terbaik. Bukan sahaja pada hari bapa tetapi hari-hari lain juga.
Adakah semua tips di atas anda lakukan? Jika tidak mampu, sekurang-kurangnya sentiasa lalukan tips yang terakhir untuk bapa anda.
Previous
Next Post »