Pendapat aku tentang movie Prince of Persia

Aku baru sahaja selesai menonton wayang cerita Prince of Persia. Walaupun agak ketinggalan kerana orang telah lama menontonnya tetapi aku tetap ingin membuat ulasan. Mungkin ada lagi yang belum menonton cerita ini dan ragu-ragu untuk menonton cerita ini.

Secara keseluruhan, cerita ini menang seronok untuk dilihat dan bayaran tiket tidak merugikan. Bukan sahaja jalan cerita yang menarik tetapi cerita ini dipenuhi dengan aksi seronok di lihat. Jalan cerita movie ini ialah mengenai cubaan adik raja Persia yang cuba mendapatkan tahta dengan cuba mendapatkan pedang masa yang mana beliau cuba mengembalikan masa silam. Pada masa silam, beliau telah menyelamatkan abangnya dari dimakan harimau. Beliau kesal kerana itu, beliau tidak boleh menjadi raja.

Bertolak dari itu, beliau merancang untuk menyerang negara yang menyimpan pedang tersebut. Beliau menggunakan helah menipu anak raja Persia. Dari situlah bermula segala-galanya.

Hero utama merupakan anak jalanan yang diambil raja sebagai anak angkat. Raja sendiri mempunyai 2 anak lelaki. Seperti biasa, peranan banyak dimainkan oleh hero yang mana hero telah dituduh membunuh raja. Dan dengan itu juga, bermula bagaimana beliau boleh bersama puteri dan pedang tersebut.

Untuk cerita penuh, sila ke panggung segera untuk melihat sendiri kehebatan cerita ini.
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Rizuan Ismail
AUTHOR
05 June, 2010 04:45 delete

aku belom tgk lagi.hmm, tgk ujung minggu ni

Reply
avatar
sop
AUTHOR
05 June, 2010 17:11 delete

@Rizuan Ismail - belom tgk? aku ingat aku dah ketinggalan, ada lg yg ketinggalan.. huhuhu.. gurau jerk Riduan.. jgn mare, nanti kena jual.. best citer ni.. tak rugi gi tgk

Reply
avatar