Menonton wayang Movie Robin Hood 2010

Hari ini selepas kenduri, kami ke Mid Valley Kuala Lumpur untuk menonton wayang cerita Robin Hood 2010. Kami bernasib baik kerana telah membuat pembelian tiket secara online. Jika tidak, pasti menunggu lama untuk membeli tiket. Sepanjang cuti sekolah, panggung-panggung kebanyakkan penuh. Malah cerita pada akhir-akhir ini juga sangat menarik sehingga sukar untuk membuat pilihan.

Rasanya telah ramai yang telah menonton cerita ini kerana ia telah lama di tayangkan di panggung.

Pendapat aku tentang cerita ini ialah cerita yang menarik kerana jalan cerita serta aksi yang menarik. Sebelum ini, aku memang peminat cerita Robin Hood. Masih ingat drama bersiri Robin Hood masa kecil-kecil dulu yang sering aku tonton. Movie Robin Hood ini adalah permulaan kepada dunia Robin Hood. Dari sini, baru kita tahu asal-usul Robin Hood.

Jumlah bintang filem ini berdasarkan pandangan aku ialah 4.5 dari 5.00 bintang.

Previous
Next Post »