Menonton Knight And Day di GSC Mid Valley

Petang tadi, kami sekeluarga ke Mid Valley dan berpeluang untuk menonton wayang cerita Knight And Day. Hari ini aku tidak bekerja kerana bercuti menjaga anak. Pengasuh Azwar bercuti kerana mengambil anak tamat pengajian. Oleh itu, aku pun perlu bercuti selama 2 hari.


Cerita ini sangat menarik kerana ia penuh dengan tanda tanya. Pada peringkat awal, aku tidak beberapa paham dan ia semakin jelas sehingga akhir cerita. Ini kerana banyak perkara yang tersirat pada peringkat awal.


Cerita ini bukan sahaja memaparkan aksi yang menarik tetapi diselami dengan unsur-unsur komedi. Watak Cameron Diaz sangat menarik kerana beliau sebagai orang tidak terlibat dalam situasi dengan tidak sengaja.


Begitu juga dengan watak Tom Cruise yang juga hebat sebagai seorang perisik yang cekap. Pada awalnya watak beliau agak menjadi pertanyaan, siapa dia sebenarnya? Namun begitu, ia semakin berkembang dan baru aku paham keseluruhan watak beliau.

Secara keseluruhan, cerita ini boleh diberi 4 bintang daripada 5 bintang (4/5).


Kepada yang belum lagi menonton cerita ini, sila segera ke panggung yang berhampiran. Manakala yang telah menonton, sila bagi pendapat anda. Terima kasih
Previous
Next Post »