Makan tengah hari di Johnny's, Wangsa Maju

Petang tadi, kami ke Jaya Jusco Wangsa Maju untuk makan tengah hari. Ia sempena juga meraikan kedatangan anak saudara aku dari kampung.

Agak lama juga kami tidak singgah untuk menjamu selera di Restoran Johnny's ini. Sudah terlupa bila kali terakhir kami singgah menjamu selera kerana sudah terlalu lama. Restoran Johnny's yang biasa kami lawati ialah cawangan Jusco Setiawangsa, One Utama dan Jaya Jusco Wangsa Maju.

Menu biasa yang kami pilih ialah set steamboat untuk 2 orang dan kali ini kami seramai 7 orang, jadi kami terpaksa mengambil 2 set tersebut. Kenapa tidak memilih set terus untuk 4 orang? Ada perbezaan dari segi jenis steamboat tersebut. Walaupun harganya sama tetapi jenis makanan yang disediakan berbeza. Untuk set 2 orang, ada 8 jenis makanan untuk direndam dan manakala untuk set 4 orang, terdapat 16 jenis makanan. namun begitu, ia lebih banyak kepada sayur sahaja. Jika aku mengambil 2 set untuk 2 orang, aku mendapat double jenis makanan tersebut. Korang paham ker? huhuhuhu... Kami juga memesan nasi goreng nenas kegemaran aku...

Walaupun kami hanya memesan makanan untuk 4 orang, jumlah makanan sesuai untuk 7 orang. Ini kerana jenis dan kuantiti makanan di Johnny's adalah banyak. Contohnya sekiranya aku datang 4 orang, set steamboat hanya dipesan bagi 2 orang. Selain itu, kami membuat tambahan pesanan yang lain juga.

Koleksi gambar:

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
sarah shafie
AUTHOR
06 June, 2010 19:51 delete

lame x mkn kt johnnys..suke lah die punye steambot..

Reply
avatar
sop
AUTHOR
06 June, 2010 23:30 delete

@ sarah shafie - iyer ker.. tau suker, sop ajak sekali tadi.. huhuhu

Reply
avatar