Belajar memasak maggi bersama Chef Sop

Tuan-tuan dan puan-puan, hari ini Chef Sop akan menyediakan masakan maggi yang sedap dan enak mengikut resepi yang paling popular dari kalangan orang bujang. Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak maggi ini ialah seperti berikut:



  • 1 pakej maggi perisa kari
  • Segelas air putih
  • Sebiji telur
Sebelum memulakan masakan ini, pastikan dapur anda mempunyai gas yang mencukupi untuk mengelakkan proses memasak tergendala.

Mula-mula tuan-tuan dan puan-puan, panaskan segelas air di dalam periuk sederhana besarnya. Tunggu sehingga air mendidih. Kemudian, masukkan perencah maggi kari. Kacau sehingga rata dan kemudian, masukkan mee maggi ke dalam air mendidih tersebut.


Setelah maggi tersebut mendidih sepenuhnya, masukkan sebiji telur. Tuan-tuan dan puan-puan boleh memasukkan beberapa biji telur mengikut cita rasa sendiri.


Setelah putih telur hampir masak, padamkan api dan hidangkan maggi tersebut di dalam manggkuk. Maggi anda sedia untuk dimakan. Pastikan tuan-tuan dan puan-puan makan maggi tersebut dalam keadaan panas untuk mendapat rasa yang sebenar.


Selamat mencuba tuan-tuan dan puan-puan. Kita akan bertemu lagi dalam resepi yang lain bersama Chef Sop. Terima kasih..

Nota kaki: Ada bakat untuk jadi Chef tak?
Previous
Next Post »