Pengalaman jadi blogger sepenuh masa

Hari ini aku ingin mencuba menjadi blogger sepenuh masa. Oleh kerana aku bercuti hari ini, aku ingin merasai sendiri pengalaman menjadi blogger sepenuh masa walaupun hanya sehari. Aku bermula bekerja sama 8.00 pagi tadi dengan memulakan memeriksaan emel dan membaca komen yang dihantar. Kemudian aku membuat entry untuk sesi pagi.

Kemudian aku terus membuat blog walking untuk mencari traffic sambil membaca akhbar online. Disamping itu, aku melawat beberapa laman lain seperti facebook dan nuffnang. Hampir tengah hari aku keluar sekejab untuk makan tengah hari. Kemudian jam 1.00 petang aku sambung kembali berada di depan laptop. Membaca mesej ringkas yang dihantar oleh pelawat dan membuat lawatan balas.

Pada petangnya aku membuat lagi satu entry blog dan kemudian meneruskan blog walking. Hasilnya pada hari ini, ranking blogtopsite aku telah meningkat dari purata ranking 110 - 130 kepada ranking 90 - 100. Ini menunjukkan perubahan perubahan traffic yang tinggi sekiranya aku menjalankan aktiviti seperti ini.

Terdapat beberapa kelebihan untuk menjadi blogger sepenuh masa ini. Antara kebaikkannya seperti berikut:
@ masa bebas dan tidak terikat dengan mana-mana arahan
@ boleh menguruskan aktiviti-aktivit rumah lain seperti membasuh, memasak, menjaga anak dan lain-lain
@ boleh mencari traffic ke tahap maksimum
@ mempunyai masa yang lama untuk membuat post
@ boleh berada di tempat yang selesa
@ tiada gangguan luar kerana berada rumah sendiri
@ sambil menonton, makan, bersenam
@ bebas berpakaian
@ dan banyak lagi..

Namun begitu, terdapat kekurangan juga seperti:
@ penat berada di hadapan laptop
@ minda hanya berada di rumah
@ permandangan sempit
@ tiada perbualan dengan rakan-rakan..
@ terlalu bergantung kepada blog dan laptop..

Oleh sebab itu, rasanya aku layak untuk menjadi blogger part time sahaja. Anda bagaimana pula?
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Wawa~*
AUTHOR
10 May, 2010 18:35 delete

banyak memaca luas pemandangan katanyaaa.. hehe.. tp lg best alami pengalaman tu sndiri kot kan :)

Reply
avatar
sop
AUTHOR
10 May, 2010 23:57 delete

Betul tu Wawa..
mmg lebih baik merasai sendiri pengalaman tersebut.. mungkin apa yg diceritakan tidak sama dengan pengalaman kita. lain sarang, lain kuihnyer,,

Reply
avatar