Menukar blog template percuma

Akhirnya siap juga sesi pertukaran wajah blog aku setelah semalaman bertukus lumus
menyiapkannya. Proses pertukaran menjadi lembat kerana apabila sesuatu template yang aku pilih tidak menjadi seperti yang dipaparkan oleh pencipta template tersebut.

Kali ini aku memilih template yang simple sahaja supaya blog aku lebih cepat dan ringan. Ia merupakan salah satu SEO sekiranya blog kita 'load' cepat. Kenapa? Sekiranya blog yang terlalu berat, ia akan menyebabkan lambat untuk muat turun laman blog dan pelawat mungkin akan batal melawat blog kita. Kan dan rugi?

Template ini juga lebih mesra SEO yang mana komponen-komponen biasa sahaja. Beberapa 'setting' juga telah dibuat supaya ia mesra SEO sepenuhnya.

Jika ikutkan hati, mahu sahaja aku memilih template yang dasyat-dasyat tetapi apabila dicuba, template tersebut agak lambat untuk dimuat turun. Apabila aku sendiri 'load page' lambat rasa malas nak tunggu, apa agaknya perasaan pelawat lain? Keutamaan aku template 3 'column' kerana aku berpeluang meletak lebih banyak widget.

Selain itu, warna blog juga memainkan peranan semasa pemilihan. Sebaiknya mendapatkan warna yang mudah dibaca dan selesa dilihat oleh pelawat. Oleh sebab itu, hanya tulisan hitam dan latar belakang bewarna putih sahaja digunakan.

Sekali pandang, blog aku memang kelihatan simple sangat. Untuk itu, mungkin aku perlu membuat sedikit 'touch up' kemudian nanti untuk memberi lebih keceriaan kepada blog. Boleh tampal bunga-bunga kot?

Untuk makluman, template blog aku telah di sedut dari blog ini. Banyak template yang menarik disediakan secara percuma!
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
soclose2213
AUTHOR
30 May, 2010 15:55 delete

suka sgt, nak buat perubahan jugak tapi poning pk nak pilih tang mana..info yg berguna..tq ^.^

Reply
avatar
sop
AUTHOR
30 May, 2010 15:59 delete

sama-sama soclose..
masa terbaik utk menukar template apabila mood terhadap blog berkurangan.. rasa malas je nak tulis blog, malas nak ngadap komputer dan malas lain-lain..

bila menukar template baru, semangat juga baru.. kita pun rasa 'fresh' jer..
tp kalau selalu tukar, kita yg parah..!!

Reply
avatar