19 May 2010

Blog Contest Oh Blog Contest

Hari ini rasa bosan membuat kerja yang agak memenatkan dan sambil-sambil itu cuba mencari peraduan-peraduan blog untuk disertai. Oleh itu, jalan-jalan lah ke blog rakan-rakan dan sempat juga tinggalkan jejak tetapi tidak pula terserempak dengan peraduan-peraduan yang boleh aku sertai.

Cuba juga jenguk-jenguk di Geng Blogger kategori kontes, tetapi tidak juga sesuai. Bukan memilih kontest tetapi kalau kontest mengenai kaum wanita, mestilah aku lemah. Maklum sahaja lelaki perkasa seperti aku mesti kurang tahu menahu tentang bunga ker, kek ker, pakaian ker. Nanti kalau aku sertai, out off topik pula peraduan tersebut. Lagi haru...huhuhu..

Peraduan terakhir aku sertai ialah peraduan membina header yang dianjurkan oleh Kaizen. Walaupun tidak pandai sangat dalam membina grafik ni, tetapi boleh juga mencuba.

Tujuan aku nak sertai peraduan-peraduan ini ialah menimba pengalaman, mengasah bakat dan menajamkan minda. Malah, menyertai peraduan ini juga memberi traffic kepada blog sendiri. Sekurang-kurangnya penganjur akan melawat blog anda untuk membuat pengesahan penyertaan. Jika menang, ia adalah satu bonus. Kena tetapkan juga untuk menang! Kenapa? Sebagai motivasi supaya anda boleh buat bersungguh-sungguh.

Kepada sesiapa yang tahu dan ingin berkongsi peraduan-peraduan yang ada, sila-sila lah maklumkan kepada saya. Saya tengah bersemangat untuk sertai peraduan nih...!!


EmoticonEmoticon