Big Fish Moment with Pizza Hut

Semperna Hari Ibu kali ini, kami sekeluarga ke Pizza Hut, Wangsa Maju untuk menikmati kelazatan "Fish King Pizza" yang hangat diperkatakan masa ini.

Kami memulakan perjalanan jam 12.30 tengah hari dan tiba di Pizza Hut Wangsa Maju dalam jam 12.45 tengah hari. Dekat sahaja Pizaa Hat Wangsa Maju dari rumah kami.

Papa: Sedia semua untuk ke Pizza Hut?

Papa: Ok, kita dah sampai ke Pizza Hut

Azfar: Cepat la papa dan mana, nak makan apa ni?
Papa: Tunggu la menu dulu, apa yang sedap..
Mama: Menu dah ada, apa yang sedap yek?
Mama: Ini cam sedap jer, huh.. yang lagi pun sedap, yang tu pun sedap.. banyaknya sedap.. mana satu yek? pulak!!
Papa: Apa susah, makan je Fish King Pizza, mesti sedap..

Azfar: Yeeh!! Makan Fish King Pizza!!
Azwar: Orang kat luar tu pun nak datang makan pizza lah Papa..
Mama: Ok, kita makan Fish King Pizza..
Papa, mama, Azwar: Ok, semua setuju...
Azwar: Adik memang suka makan Pizza..!
Azwar: Mama suka makan pizza ke?
Mama: Mesti la suka, Fish King Pizza lagi Mama suka...
Papa: Papa dan Abang pun suke...!
Papa: Kita ambil Set Fish King Pizza untuk 2 orang yek..!
Papa: Ini dia senarai tempahan..
Azwar: Haah.. blom sampai? Mama: Tunggu adik, jab lagi sampai.. kan baru order..
Azwar: Sup dah sampai.. Adik makan dulu...!
Azfar: Abang makan dulu..!!
Azwar: Sedapnya sup ni.. Mama nak sikit..!
Azfar: Sedap nyer Mama.. Papa nak?
Mama: Mama makan dengan adik yek..
Azwar: Mari Adik suap Mama...
Papa: Sapa nak suap Papa?
Azwar: Mama tunggu yek, Adik suapkan..
Azfar: Hari ni kan hari ibu, mesti kena suap kat Mama..
Azwar: Betul tu Abang.. Adik suap Mama..
Papa: Roti dah sampai.. Adik nak ker?
Papa: Nah, Abang satu, Adik satu.. Cicah dengan sup, mesti lagi sedap..
Azfar: Betul la Papa, lagi sedap..
Mama: Nah, Adik rasa pulak, sedap tak?
Papa: Mana Fish King Pizza ni, belum sampai.. tak sabar dah ni..
Papa: Lagi lama tunggu, lagi tak tahan nak makan Fish King Pizza
Azwar: Sabar la Papa, dorang sedang masak tu..
Papa: Iyer lah.. Papa tunggu...
Azwar: Tu abang tu dah hantar Fish King Pizza
Papa: Yeeeh.. Fish King Pizza dah sampai.. jom kita makan
Mama: Mama nak 4 yek..
Azwar: Mana boleh Mama, Adik nak 3 la..
Papa: Mana boleh.. Papa nak semuanya.. hahahaha..
Papa: Sedapnya.. tak pe, kita kongsi sama-sama yek..
Mama: Sebelum tu, kena ambil sos dulu..
Mama: Kemudian, perah limau di sini..
Mama: Perah di sana..
Mama: Perah ke semuanya.. baru lagi sedap!
Mama: Nak fish stick ni lah!
Papa: Tak boleh cam tu, kena ambil semua.. baru sedap makan pizza..
Mama: Ini untuk mama...
Mama: Ini untuk Adik..
Mama: Ini untuk Abang
Papa: Ini untuk Papa.. sedapnya..
Mama: Kena potong cam ni dulu la Adik..
Azwar: Ooh.. cam tu ker..?
Azwar: Sedapnya Mama.. nak lagi..
Azfar: Sedapnya.. kena minta lagi ni..
Azfar: Yam..yam.. sedap hingga tidak terkata
Papa: Kalau sedap, Papa tambah lagi yek..
Papa: Nah... Papa tambah lagi satu..
Papa: Kalau tak cukup, papa tambah order lagi 5 Fish King Pizza... hehehehe
Mama: Betul la.. kena tambah order.. Mama nak lagi ni..
Papa: Dah selesai pun, lain kali boleh makan lagi Fish King Pizza..
Azfar: Abang dah kenyang.. jom pergi jalan..
Azwar: Adik pun dah kenyang.. sedapnya..

Selesai sudah majlis makan-makan semperna Hari Ibu. Sungguh berpuas hati dengan rasa Fish King Pizza. Makan sekali, pasti nak lagi..
Previous
Next Post »