Belajar motor untuk membuat lesen B

Hari ini hari pertama aku pergi belajar memandu untuk mendapatkan lesen motor B Full. Pagi tadi aku bergerak ke Pusat Memandu SKEM jam 9.00 pagi. Sebelum sampai, aku singgah sekejab di warung area Gombak untuk perkena roti canai. Nanti kalau giliran belajar lambat, lapar pulak.

Masa aku samapi di SKEM, telah ada 2 orang yang sedang membuat latihan. Terdapat 2 jenis motor untuk belajar dan aku di fahamkan motor itu juga akan diguna untuk membuat ujian JPJ nanti. Motor tersebut ialah Kawasaki ER6N yang masih baru (model 2009) dan Yamaha Virago yang dah agak lama dan kondusi teruk!

Selepas beberapa pusingan bro tersebut membuat latihan, akhirnya giliran aku pula. Sebelum itu, Cikgu Hawa membuat demo dahulu dan rakannya memberi penerangan kepada aku. Ia bermula dengan membuat bulatan 8, kemudian titian, kemudian membuat berhenti kecemasan dan seterusnya merepuh halangan dan lambaian. Ini hanya penerangan ringkas tentang latihan dan beberapa perkara lain juga harus aku titik beratkan seperti pandang belakang dan angkat tangan sebelum memulakan perjalanan. Perlu membuat pemeriksaan motosikal dan lain-lain lagi.

Aku mencuba kedua-dua motor semasa latihan. Untuk motor ER6N tiada masalah kerana motor masih baru tetapi motor Yamaha Virago agak bermasalah kerana pengendaliannya agak sukar. Handle berat semacam jer lepas tu handle selelau kena lutut aku. Masa latihan tiada masalah tetapi kurang selesai sahaja. Apa pun aku perlu belajar kedua-dua motor tersebut. Mana tahu mungkin salah satu motor tersebut tiada masa Ujian JPJ, mesti bermasalah nanti.
 
 

Aku berhenti latihan lebih kurang jam 11 pagi. Semasa perjalan balik, jalan dipenuhi dengan polis dan RELA untuk menjaga laluan untuk Langkawi De Tour. Jalan sesak semasa laluan tersebut untuk memberi laluan kepada peserta pertandingan.
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
07 April, 2010 19:55 delete

Boss, senang x bawak kawasaki black tuu, nampak macam susah jee...kasi detail boss, cara bawak, hahaha

Reply
avatar
sop
AUTHOR
08 April, 2010 11:00 delete

Bagi belum pernah bawa motor er6n, agak sukar dan sepanjang sesi belajar, mmg ada yang terjatuh. Tips utama ialah pastikan semasa selekoh tajam, bulatan dan halangan, jangan terlalu perlahan. Kawalan lebih sukar apabila perlahan. Badan juga perlu lembut dan jgn terlalu statik.
Bagi yang telah memiliki ER6N tiada masalah

Reply
avatar