Berkelah di Sungai Congkak, Hulu Langat

Pada Ahad lepas kami sekeluarga bersama rakan-rakan ke Sungai Congkak Hulu Langat untuk berkelah. Perjalanan kami bermula dari jam 11.00 pagi setelah semua berkumpul. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam.

Setelah sampai, kami hanya mengambil tempat yang tidak jauh dari pintu masuk kerana tidak mampu untuk berjalan lebih jauh. Peralatan yang di bawa banyak menyukarkan kami untuk mencari tempat yang jauh. Pada hari tersebut juga terdapat ramai pengunjung yang berkelah di situ.

Aktiviti perkelahan kami dimulakan dengan membakar hidangan iaitu udang, pari, ikan dan kerang. Makanan lain telah dibawa siap dari rumah seperti nasi lemak, mee hoon, buah, kuih, nugget, roti dan minuman. Semua ahli perkelahan telah diagihkan barang-barang yang perlu dibawa.

Kumpulan kanak-kanak termasuk Azfar dan Azwar telah awal-awal lagi mneruskan aktiviti bermandi manda. Setelah agak kesejukan, mereka di bawa naik untuk diberi makan. Setelah kesejukan reda, mereka menyambung kembali aktiviti bermandi-manda sehingga petang.

Jam 3.30 petang, kami mula berkemas untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, Azfar dan Azwar tidur kepenatan.
Previous
Next Post »