Try P1 W1max

Semalam aku register dengan PI W1max setelah beberapa kali agak bosan dengan kelajuan broadbad U Mobile aku. Kebetulan aku ke Jusco Wangsa Maju dan terdapat promosi tentang P1 Wimax ini. Setelah meneliti kandungan dan maklumat lanjut tentang P1 Wimax, aku pun register pakej Wiggy 69. Ini kerana modemnya lebih kecil dan tidak memerlukan sambungan elektrik.

Walaupun rumah aku tidak menerima liputan P1 Wimax, tetapi dimaklumkan boleh menerima isyarat Wimax kerana jarak port ke rumah aku hanya kurang 300 meter. Semasa melihat kawasan liputan, blok dihadapan rumah aku termasuk dalam kawasan liputan tetapi blok aku kurang bernasib baik.

Pada malam semalam, aku masih tidak boleh membuat sambungan intenet. Mungkin akaun aku belum diaktifkan lagi. Pada malam ini, akhirnya aku berjaya membuat sambungan internet menggunakan P1 Wimax. Setelah cuba membuka laman web, akhirnya aku mengalah kerana capaian internetnya tidak memuaskan. Untuk membuka email akaun google, aku terpaksa menunggu masa yang lama. Belum lagi buka laman web yang penuh dengan grafik. Aku cuba untuk membuat speed test, tetapi untuk buka lamannya memakan masa yang lama.


Aku cuba disconnected dan membuat sambungan internet kembali untuk memastikan jika terdapat sebarang perubahan tetapi ia tetap masih sama. Aku pun menukar kembali capaian internet menggunakan U Mobile.

Sekarang aku sedar, broadband U Mobile aku walaupun tidak sepantas kilat, tetapi masih jauh pantas dari Pakej P1 Wimax Wiggy 69 di rumah aku. Mungkin kawasan rumah aku belum menerima liputan sepenuhnya oleh P1 Wimax.

Oleh itu, aku terpaksa membuat pulangan P1 Wimax kerana aku masih mempunyai tempoh percubaan 7 hari. Jika aku tidak berpuas hati, pemulangan boleh dilakukan. Esok atau lusa, aku perlu ke HQ P1 Wimax di Petaling Jaya. Selamat tinggal P1 Wimax, mungkin kita akan berjumpa lagi apabila sudah sedia sepenuhnya.
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Fadzli
AUTHOR
28 January, 2010 21:17 delete

P1 W1max blom ada liputan yang kuat walaupun dah ada kt kawasan tuh.. pasal U mobile tuh.. ok ker?? kenapa x pakai digi bb? hehehe

Reply
avatar
sop
AUTHOR
28 January, 2010 22:10 delete

Setakat ni, U mobile terbaik la berbanding dengan W1max. DiGi? Terpikir juga, bila check coverage DiGi broadband, pun tak masuk kawasan liputan juga. W1max tertarik dengan iklan yang kata laju giler! 4G! tapi blom boleh lg aku pakai..! tunggu masuk kawasan liputan,.

Reply
avatar