05 July 2009

Dekmoq Cafe Setapak Jaya, Kuala Lumpur


Restoran yang kelihatan ekslusif di kawasan sederhana. Jika anda lihat dari luar, pasti anda tertanya adakah kedai ini menyediakan makanan mahal sahaja?
Tidak. Ianya restoran gabungan makanan barat dan masakan siam. Minggu lepas aku berkesempatan mencuba walaupun ianya hanya di bawah rumah aku.
Dekmoq cafe sememangnya dihias dengan eklusif sekali. Design amat menarik dan kemas.

Pada malam tersebut aku memilih untuk beradar diluar kedai untuk menikmati angin malam. Selepas membuat tempahan, kami dihidang percuma dengan air sirap berbiji selasih yang bergelas kecil cukup untuk membasahkan tekuk.

Aku hanya order teh tarik dan car kuey teow. My wife lamb chop dan air buah. Servis yang diberikan baik dan aku berouas hati. Teh tarik yang dihantar bersama biskut mentega amat lazat sekali hanya RM 1.20. Car kueh teow pula RM 4.00. Bagi aku hanya harga biasa di restoran lain. Lamb chop paun aku berpuas hati kerana rasanya enak serta dagingnya yang lembut kerana ia dipotong nipis sekali.

Walaupun servis disediakan ala hotel yang mana pinggan akan diangkat selesai anda menjamu selera, tetapi tiada cas servis dikenakan.

Semasa melihat buku menu yang diberikan, aku sempat melihat menu sepcial untuk studen iaitu nasi gorang biasa bersama sirap hanya RM 4.00 sahaja. Ini kerana di kawasan rumah aku ramai didiami oleh pelajar sebuah kolej swasta.

Kebiasaan cafe ini dipenuhi pada waktu malam. Terdapat juga pelanggan yang mengadakan function di cafe ini.

5 comments:

  1. tpt neh dkt je dgn sentul kan? nak try gak la..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Salam kunjungan dari saya.

    Kalau tuan rumah kelapangan, sudi-sudikanlah ke laman webblog saya untuk bertukar pendapat dan link. Insya'Allah, moga mendapat manfaat berguna.

    Sila klik:-
    Kembara Sufi Mencari Aspirasi

    ReplyDelete
  3. ia dekat dengan taman seri rampai. Dari sentul perlu melalui jalan genting kelang, menuju ke wangsa maju dan sebelum samapi carrefour wangsa maju.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam ustaz. link ustaz sy telah masukkan ke link exchange

    ReplyDelete
  5. http://dekmoqcafe.rzki.net
    ni link Website Dieorg tp Xsiap lagikk
    br develop lagi kot...

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon