Auni potong rambut selepas 6 tahun

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Auni sebelum potong rambut
Kali terakhir kami potong rambut Auni ialah 6 tahun lepas ketika habis pantang untuk membuang rambut asal. Sejak daripada itu, kami tidak lagi potong rambut Auni. Rambut Auni agak halus dan kerinting. Oleh sebab itu, agak perlahan melihat rambut Auni panjang. Setiap tahun simpan akhirnya agak sayang untuk potong rambut Auni.

Pernah beberapa kali Auni minta potong rambut kerana ingin mengikut sepupunya yang berambut pendek. Namun kami sebagai ibubapa yang sayang apabila melihat rambut panjang mengurai disimpan sekian lama. Ada beberapa ketika Auni mula kena serangan kutu semasa ke pra sekolah tetapi kami masih gigih menyimpan rambut berkenaan daripada dipotong.

Setelah sekian lama berambut panjang, kami akhirnya membuat keputusan untuk memotong rambut berkenaan. Auni juga bersetuju untuk memotongnya walaupun beberapa kali ditanyakan kepastikan. Ada sebelum ini, apabila ditanya kepastian Auni bertukar fikiran. Berbeza kali ini, beliau beberapa kali mengajak untuk memotong rambut berkenaan.

Proses potong sambut

Atas permintaan Auni, kami membawanya ke Saloon. Ketika itu, kami berada di kampung Sop iaitu Kuala Terengganu. Proses memotong rambut kanak-kanak sama dengan proses memotong rambut dewasa. Kami memilih gaya 'layer box' untuk Auni untuk lebih selesa.

Tujuan utama kami memotong rambut Auni ialah untuk persediaan persekolahan. Auni akan bermula tahun 1 pada tahun hadapan dan akan memakai tudung sepenuhnya. Jika rambut panjang, agak sukar pengurusan Auni nanti terutama ketika transit daripada sekolah kebangsaan ke sekolah agama. Malah, Auni kurang selesa berambut panjang apabila bertudung yang mana perlu diikat sebaiknya sebelum memakai tudung.

Gaya berambut pendek
Setelah sekian lama berambut panjang, jelas berbeza wajah Auni setelah berambut pendek.
Apa pandangan anda tentang rambut Auni?

Galeri gambar:






Previous
Next Post »