Happy Birthday 3 Tahun Amani Aisyah

Selamat sejahtera kepada semua.

Ecah

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ketiga buat Amani Aisyah atau nama manja sekarang ialah Ecah. Awal-awal kelahiran Ecah, kami menggunakan panggilan Amani tetapi selalu tersalah dengar dengan Auni. Panggilan yang terlalu dekat nanti kedua-duanya menyahut pula. Oleh itu, kami membuat keputusan memanggil Amani Aisyah dengan panggilan Aisyah atau Ecah :)

Setiap kali ulang tahun kelahiran Ecah, pasti akan teringat dengan GST. Ini kerana kelahiran Ecah sama dengan tarikh perlaksanaan GST. Bayi GST kan? Huhuhu

Alhamdulillah, Ecah telah membesar dengan sihat. Tiada lagi berlaku sawan sejak diberhentikan ubat setahun lepas. Kenangan Ecah kena sawan masih segar dalam ingatan kami. Bukanlah kenangan yang indah tetapi kami tetap bersyukur kerana tiada lagi berlakunya sawan. Setiap kali Ecah demam, kami akan lebih berhati-hati dan memastikan suhu badan sentiada dijaga.

Untuk tiga tahun, banyak perkembangan positif yang Ecah tunjukkan antaranya lebih petah bercakap berbanding Auni pada umur yang sama, boleh menconteng kertas dan pandai memegang pencil dengan cara yang betul. Malah Ecah sangat tekun menconteng hingga boleh fokus pada buku berkenaan. Ecah juga boleh mengira 1 hingga 10 dengan lancar. Namun untuk ABC agak berterabur lagi.

Untuk bermula tahun ini, Ecah telah dihantar rumah pengasuh. Sejak Atuk masuk hospital untuk rawatan jantung, agak sukar untuk nenek menjaga Ecah. Kebetulan pengasuh berkenaan sedang mencari kanak-kanak untuk dijaga. Pada awal-awal agak sukar juga untuk Ecah ke rumah pengasuh kerana selama ini Ecah dijaga oleh nenek. Biasanya jika Ecah bangun tidur diawal pagi, kami akan menghantarnya ke rumah nenek dahulu :)

Setelah 3 bulan ini, Ecah kelihatan semakin OK berada di rumah pengasuh. Jika dipujuk, Ecah tiada masalah untuk ke rumah pengasuh tersebut. Itu sahaja sedikit sebanyak perkembangan Ecah ketika ini.

Untuk ulang tahun kelahiran ketiga ini, Papa ucapkan Happy Birthday dan semoga akan membesar menjadi anak kebanggaan keluarga dan negara. Amin
Previous
Next Post »