13 June 2017

Refleksi 1 - 15 Ramadan 2017

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Alhamdulillah malam ini telah sampai malam 16 Ramadan. Cepat betul masa berlalu macam tidak sedar telah selesai 15 hari kita berpuasa.

Ini merupakan refleksi ringkas sepanjang 15 hari berpuasa untuk keluarga Sop untuk tahun ini.

Sepanjang 15 hari, hanya semalam kami kantoi bersahur. Puncanya malam tersebut Sop dan Mrs Sop telah ke Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mencari baju kurung mak selepas terawikh. Orang punyalah ramai hingga sesak sepanjang pusat menjaja. Hendak berjalan pun susah apatah lagi hendak melihat gerai jualan. Sampai ke rumah dah jam 2.00 pagi. Pagi tu terjaga jam 6.00 pagi maka terbabaslah sahur hari tersebut.

Ramadan kali ini Sop telah bawa Azfar dan Azwar solat Subuh di surau. Alhamdulillah telah jadi rutin sepanjang Ramadan untuk ke surau bagi solat Subuh berjemaah.


Setakat ini juga, solat sunat terawikh belum lagi kami tinggal. Alhamdulillah Azfar dan Azwar turut bersemangat mengerjakan solah terawikh di surau. Semoga momentum terus berkekalah sehingga akhir Ramadan.

Kami juga belum berbuka puasa di luar sepanjang 15 hari Ramadan. Namun pada hari iaitu 16 Ramadan Sop, Azfar dan Azwar berbuka puasa di surau rumah mertua. Ada majlis berbuka puasa. Manakala Mrs Sop berbuka di rumah sahaja bersama Auni dan Ecah.

Selain itu, kami juga telah bersahur di Mc D untuk mengubah selera atas permintaan anak-anak. Jenuh juga bangun 4.00 pagi untuk ke Mc D Jalan Genting Kelang. Ramai juga orang bersahur di Mc D. Jika hendak bersahur di Mc D, pastikan datang awal kerana beratur panjang untuk untuk membeli menu bersahur.

Bagi pasar Ramadan, kami hanya singgah membeli juadah di Taman Setapak Jaya dan gerai jualan di sekitar rumah sahaja. Belum lagi kami membuat rondaan pasar Ramadan lain seperti tahun-tahun sebelum ini. Huhuhu

Setakat ini sahaja rumusan refleksi untuk 15 hari Ramadan tahun ini. Semoga ibadah puasa kita diterima hendaknya. Amin


EmoticonEmoticon