01 April 2017

Selamat Hari Lahir ke 2 Amani Aisyah

Selamat sejahtera kepada semua.

Pada ulang tahun kelahiran pertama Amani Aisyah, kami sekeluarga masih risau kerana baru sahaja selesai terjadi epilepsi pada umur 8 bulan. Sejak itu, Amani Aisyah mengambil ubat epilin untuk memastikan epilepsi tidak terjadi lagi.

Alhamdulillah, Amani Aisyah tidak lagi mengalami epilepsi selepas mengambil ubat. Pangambilan ubat diteruskan sehingga umur setahun setengah dan pemeriksaan doktor setiap bulan.

Pada umur setahun setengah kami telah hentikan pengambilan ubat epilepsi. Alhamdulillah sehingga kini, Amani Aisyah tidak lagi mengalami epilepsi. Semoga Amani Aisyah terus membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan keluarga. Amin

Happy Birthday diucapkan kepada Amani Aisyah.

Maaf tiada sambutan potong ke untuk tahun ini ye :)



EmoticonEmoticon