Auni mengikuti pra sekolah tahun 2017

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Zaman persekolahan merupakan zaman terindah. Betul tak?
Setiap orang mempunyai kenangan manis dan pahit sebaliknya ketika dibangku sekolah. Sop ketika zaman tadika dulu ada kenangan yang tidak indah iaitu dicuri kotak pensil oleh rakan masa hari pertama sekolah. Masa itu sangat kecewa sampai tidak mahu ke tadika. Huhuhu



Tahun ini merupakan tahun pertama Auni memulakan pra sekolah. Tahun lepas Auni telah mengikuti tadika swasta. Alhamdulillah permohonan pra sekolah berjaya walaupun Auni berumur 5 tahun. Permohonan bagi murid pra sekolah ialah umur 5 dan 6 tahun namun keutamaan adalah kepada kanak-kanak berumur 6 tahun. Sekiranya ada kekosongan, baru murid 5 tahun diambil.

Kami memang berharap untuk Auni dapat mengikuti pra sekolah seawal umur 5 tahun. Dengan mengikuti pra sekolah lebih awal, persediaan untuk mengikuti persekolah nanti lebih tinggi.


Pada Jumaat lepas telah berlangsung orientasi murid pra sekolah di SK Taman Seri Rampai. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa, ucapan guru besar, taklimat oleh guru pra sekolah, perlantikan AJK ibubapa pra sekolah dan penyampaian cenderamata kepada murid pra sekolah.

Hari ini, Auni telah memulakan pra sekolah dengan jayanya walaupun pada awal pagi agak sukar juga untuk bawa mandi dan bersiap. Namun apabila telah segar, semua berjalan lancar. Semangat untuk ke sekolah membuak-buak. Tiba di sekolah, abang-abang terus bawa Auni ke perhimpunan sekolah.

Pagi tersebut Mrs Sop memantau perkembangan Auni dan kelihatan semua lancar. Auni mengikuti kelas dengan baik. Ketika waktu balik, kami kembali ke sekolah untuk urusan pengangkutan balik. Ketika menunggu murid pra sekolah balik, tiba-tiba melihat Auni berjalan seorang diri menuju ke arah kami yang berada di pondok sekolah. Terdapat kekeliruan apabila sedang guru menyusun murid pra sekolah di luar kelas, Auni telah berjalan dahulu mengikut laluan kami guna semasa hari orientasi Jumaat lepas. Apabila tiada orang mungkin sebab itu Auni menangis. Kami bawa kembali Auni kepada cikgu yang ketika itu membawa murid ke pondok sekolah untuk dijemput oleh ibubapa.

Semoga esok, perjalanan sekolah Auni lebih lancar dan urusan pengangkutan telah selesai. Selamat bersekolah Auni dan belajar rajin-rajin :)

Galeri gambar:







Previous
Next Post »

14 comments

Write comments
Yana Yani
AUTHOR
09 January, 2017 11:23 delete

ceria aje nampak dak auni ni nak ke sekolah ye
saya pula hantar anak saya ke kemas
pra susah sikit nak dapat kalau kat sini
sebab student terlalu ramai

all the best ye auni
anak acik pagi tadi dah start buat drama...haha
minggu pertama aje dia okay

Reply
avatar
09 January, 2017 13:11 delete

itu lah, pra ikut nasib juga. kalau permohonan banyak kena ikut ranking gaji la pula. tp KEMAS pun ok juga :)
setakat ni time nak mandi tu je susah skit tp bila dah mandi ok la.. huhuhu
tq acik :)

Reply
avatar
Mrs. A
AUTHOR
10 January, 2017 10:43 delete

Selamat bersekolah Auni.

Reply
avatar
Elih Japahar
AUTHOR
16 January, 2017 13:53 delete

Selamat bersekolah! nampak semangat je muka dia tu hehe.

Reply
avatar
Adam
AUTHOR
16 January, 2017 15:56 delete

Cantiknya suni.

Reply
avatar
17 January, 2017 03:52 delete

comelnya Auni!
selamat menjalani alam persekolahan Auni...banyak yg perlu ditempuh dan belajarlah berdikari. :)

p/s : lama xmasuk sini!.hahahaha.eca dah kembali aktif dunia blogging.

Reply
avatar
17 January, 2017 09:41 delete

terima kasih @Elih
mmg bersemangat hendak bersekolah :)

Reply
avatar
17 January, 2017 09:45 delete

terima kasih @Eca
Selamat kembali berblog juga :)

Reply
avatar
20 January, 2017 13:31 delete

selamat bersekolah auni :)

Reply
avatar
25 February, 2017 06:06 delete

(Faithlovechrityloanfirm@gmail.com)
                
Hello saya sedang Bishop Great David pemberi pinjaman pinjaman sah dan boleh dipercayai untuk pinjaman
dalam terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami pada kadar faedah 2%. daripada
USD $ 12,000 kepada $ 8000000, euro dan pound sahaja. Saya memberi pinjaman perniagaan,
pinjaman peribadi, pinjaman pelajar, pinjaman kereta dan pinjaman untuk membayar bil-bil. jika awak
perlu loana yang
   yang anda perlu lakukan adalah untuk anda untuk menghubungi saya secara langsung
In: (faithlovechrityloanfirm@gmail.com)
Tuhan merahmati kamu.
Yang ikhlas,
Puan: merit Hope
E-mel: (faithlovechrityloanfirm@gmail.com)

Nota: Semua jawapan hendaklah dihantar kepada :( faithlovechrityloanfirm@gmail.com)

Reply
avatar