Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2
Bersiap untuk ke Nami Island
Pada hari kedua kami di Seoul, Korea, perancangan kami ialah untuk ke Nami Island. Kami telah bersiap awal pada hari tersebut kerana tiket kereta api express telah ditempah awal secara online. Terdapat banyak cara untuk ke Nami Island seperti menggunakan bas atau teksi. Paling murah untuk ke Nami Island ialah menggunakan bas.

Dari stesyen Seoul, kami telah berhenti Yongsang Station untuk mendapatkan tiket ITX dan kemudian tunggu di line 1 untuk naik kereta api ekpress ke Nami Island. Ketika ini, kami agak keliru kerana line kereta api ekpress tersebut menggunakan laluan sama dengan kereta api lain. Beberapa kali juga bertanya dengan penumpang lain tentang tiket yang dibeli dengan laluan kereta api tersebut. Oleh itu, adalah perlu pastikan naik kereta api ekpress ITX tersebut untuk ke Nami Island.

Perjalanan daripada Yongsang Station ke Gapyeong Station memakan masa lebih kurang 1 jam. Kereta api ekpress ini agak selesa dan kemudahan tandas disediakan. Macam tandas dalam kapal terbang! Terdapat juga macam pramugari AisAsia tolak troli menjual minuman dan makanan ringan di atas kereta api ekpress tersebut.

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2
Di hadapan Gapyeong Station
Tiba di Gapyeong Station, kami perlu mengambil teksi untuk ke jeti feri. Pengunjung boleh memilih untuk naik bas atau teksi untuk ke jeti tersebut. Perjalanan hanya lebih kurang 5 minit sahaja untuk ke jeti. Tiba di jeti, kami terus membeli tiket dan menunggu ketibaan feri ke Nami Island. Terdapat pengunjung yang menggunakan flying fox untuk ke Nami Island. Agak menarik juga tu. Kalau Sop bujang, mungkin telah cuba juga! Huhuhu

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2
Hadapan Nami Island
Apa aktiviti di Nami Island?
Semestinya bergambar lah! Huhuhu
Kawasan Nami Island memang luas dengan permandangan yang cantik. Oleh kerana pengunjung yang ramai, jadi perlu pandai cari kawasan yang view cantik untuk bergambar. Walapun musim Autum telah habis namun permandangan masih cantik.

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2
Sesi panaskan badan di unggun api
Cuaca di Nami Island sangat sejuk. Terdapat kolam-kolam telah hampir beku dan menjadi ais. Bagi yang tidak memakai pakaian sesuai pasti akan kesejukan. Jika tidak tahan, boleh cari unggun api yang disediakan dibeberapa tempat atau boleh masuk ke kedai makan. Huhuhu

Di Nami Island ini kawasan agak berdebu kerana faktor tanah. Jika hujan pasti becak!

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2

Di Nami Island terdapat beberapa restoran halal dan surau disediakan. Pengunjung muslim memang tiada masalah berada di Nami Island ini. Makanan di restoran tersebut memang sedap. Mungkin sebab lapar dan sejuk kot :)

Selesai pusing-pusing dan lepak di Nami Island, kami beransur pulang. Pengangkutan untuk balik juga sama seperti ketika datang tadi.

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2
Lift untuk naik ke cable car
Sebelum balik ke penginapan, kami singgah ke Namsan Seoul Tower. Dari Myeongdong Station, kami berjalan menuju ke cable car. Ketika ini, kami agak tersesat kerana rujukan blog yang kami ikut membawa laluan yang sangat berliku. Rupanya dari Myeongdong Station kami berjalan terus sahaja sampai ke simpang jalan dan ambil kiri. Nampak lift condong menaiki bukit untuk ke cable car. Perjalanan dalam 800 meter sahaja. Oleh kerana cuaca sejuk, memang tidak terasa banyak berjalan. Huhuhu


Selesai mengambil tiket cable car, kami terus beratur untuk naik ke kaki Namsan Seoul Tower. Kami tiba hari telah gelap iaitu dalam jam 6.00 petang. Kami hanya ronda-ronda di sekitar kaki Namsan Seoul Tower sahaja. Cuaca di kawasan ini sangat sejuk terutama apabila waktu malam. Tidak lama selepas itu, kami beransur turun dan pulang.

Apa yang menarik di Namsan Seoul Tower?
Permandangan yang menarik boleh dilihat daripada kaki Namsan Seoul Tower. Jika hendak menarik lagi, boleh lah naik Namsan Seoul Tower tersebut. Tiket lain pula untuk naik ke ke atas Namsan Seoul Tower tu. Taman Namsan Seoul Tower juga menarik :)

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2
Kerusi condong dan kunci mangga tarikan di Namsan Towel ini
Bagi yang hendak ke Namsan Seoul Tower, dicadangkan datang waktu siang atau petang. Kalau datang petang lagi baik sebab boleh lihat permandangan siang dan malam :)

Selesai kisah kami melancong hari kedua di Seoul, Korea.
Penat? Memang penat kaki berjalan. Huhuhu

Galeri gambar:

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 2


Previous
Next Post »

10 comments

Write comments
Sop Nama Saya
AUTHOR
20 December, 2016 16:23 delete

mesti la best.. huhuhu

Reply
avatar
20 December, 2016 21:16 delete

Rindunya nk ke Korea lagi bila baca entri sop ni. Best pulau Nami musim sejuk.

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
21 December, 2016 08:34 delete

sapa yg pernah pergi pasti tau keindahan Nami kan? huhuh
boleh g lagi tu bro shameel :)

Reply
avatar
el
AUTHOR
21 December, 2016 15:49 delete

nami island tu lau x bergambar rugi hihi

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
22 December, 2016 08:47 delete

melancong ni, bergambar sebenarnya penting untuk disimpan sebagai kenangan.. huhuhu

Reply
avatar
mrpolie
AUTHOR
22 December, 2016 18:17 delete

Dekat NSeoul tower tu ada mangga nama aku, jumpa tak..?

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
23 December, 2016 15:49 delete

jumpa tp nama org lain la... hahaha

Reply
avatar