23 November 2016

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 1

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 1
Seoul Welcomes You
Korea menjadi destinasi pilihan pelancongan ramai rakyat Malaysia ketika ini. Ia mungkin ada kaitan dengan filem, rancangan TV dan pengaruh K-POP. Namun begitu, Korea sendiri mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati oleh pelancong. Apabila ramai yang telah pergi, makin ramai yang turut ingin pergi untuk melihat sendiri negara Korea.

Perancangan Sop dan keluarga untuk ke Korea bermula awal tahun lagi apabila AirAsia mengadakan jualan murah. Mulanya kami bercadang untuk pergi pada musim luruh kerana ketika itu permandangan sangat cantik dan suasana dingin. Namun begitu, tarikh tersebut belum cuti sekolah dan mungkin sedang berlangsung peperiksaan akhir tahun. Untuk mengelak risiko tersebut, kami telah memilih tarikh seminggu sebelum cuti sekolah iaitu 23 hingga 28 November 2016. Harga tiket untuk bermula cuti sekolah lebih tinggi.

Walaupun telah booking tiket sejak awal tahun, masa bergerak pantas sekali. Tanda sedar akhirnya tarikh perjalanan kami ke Korea telah dekat. Dalam masa tersebut, Mrs Sop telah mengumpul maklumat mengenai Korea dan menyediakan tentatif untuk pejalanan kami. Untuk maklumat, kami tidak menggunakan khidmat travel agency untuk trip ini. Jadi kami perlu bersedia agar tidak sesat atau tiada arah tuju. Sumber rujukan banyak melalui blog-blog yang berkongsi pengalaman dan tips ke Korea. Kita hanya perlu rajin mencari maklumat yang diperlukan.

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 1
Penginapan di Seoul, Korea
Penginapan di Korea telah ditempah melalui Airbnb. Pemilihan penginapan berdasarkan keperluan kemudahan dan pengangkutan. Kami telah memilih guest house yang terletak tidak jauh dari Stesyen Keretapi Seoul yang mempunyai 2 bilik dan kemudahan rumah yang lengkap. Kami perlukan dapur untuk memasak bagi menjimatkan kos.

Oleh kerana tarikh dipilih melancong ke Korea adalah musim sejuk, kami juga telah membuat persediaan dari segi pakaian. Risau pula anak-anak kesejukan nanti. Oleh itu pakaian sesuai perlu dibeli seperti long john, stokin bulu kambing, kasut dan jaket tebal. Kami telah membelinya di kedai pakaian sejuk Kok Kong yang terletak di Jalan Lock Yu, Kuala Lumpur. Agak banyak juga belanja untuk membeli pakaian musim sejuk ini. Huhuhu

Penerbangan kami ke Korea ialah pada 23 November 2016 jam 1.00 pagi. Perjalanan dari rumah bermula jam 6.00 petang pada 22 November 2016 tersebut. Biar pergi awal untuk mengelak tergesa-gesa nanti. Lagipun pergi dengan askar-askar kecik ini banyak ragamnya. Tiba di KLIA 2, kaunter pendaftaran belum dibuka. Bolehlah kami santai dan berehat seketika. Urusan pendaftaran lancar dan proses boading juga tiada masalah. Jam 1.00 pagi akhirnya kapal terbang berlepas. Perjalanan selama 6 jam agak memenatkan juga. Nasib baik Amani Aisyah tidur sahaja walaupun agak tidak selesa. Begitu juga dengan anak-anak yang lain.

Kami tiba di Lapangan Terbang Incheon Seoul jam 8.20 pagi waktu Korea. Keluar daripada lapangan terbang, teksi yang ditempah telah menanti kami. Tempahan teksi untuk mengambil kami telah dibuat melalui pemilik rumah penginapan kami. Untuk makluman, terdapat beberapa pilihan untuk ke penginapan daripada lapangan terbang iaitu kereta api, bas dan teksi  namun untuk lebih mudah dan  selesa, kami memilih teksi. Harga lebih mahal namun sesuai untuk keluarga besar dan beg yang banyak.

Perjalanan dari lapangan terbang ke rumah penginapan memakan masa lebih kurang 1 jam. Kami tiba di rumah lebih kurang jam 11.00 pagi waktu Korea. Nasib baik pemilik rumah membenarkan kami masuk awal. Mulanya cemas juga kerana pemilik rumah tidak hadir untuk urusan masuk rumah. Telefon pula tiada internet untuk Whatapps. Nasib baik adik ipar boleh roaming telefon beliau untuk menghubungi pemilik rumah. Setelah mendapat password kunci rumah, kami akhirnya berjaya untuk masuk.

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 1
Bekalan makanan untuk 5 hari
Selesai pengurusan diri, kami sempat masak apa yang patut untuk makan tengah hari. Selepas itu, kami keluar untuk ke destinasi pertama iaitu Namdaemun Market. Hari pertama berada di cuaca sejuk, memang terasa betul. Badan belum menyesuaikan diri dengan cuaca baru. Namun rasa seronoklah sebab pengalaman pertama rasa cuaca sejuk bukan?

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 1
Stesyen Seoul, Korea
Perjalanan ke Namdaemun Market menggunakan train. Mula-mula menggunakan train agak kekok juga sebab belum biasa. Kena tercari-cari dan pastikan menggunakan laluan yang betul.

Namdaemun Market merupakan kawasan peniaga menjual pelbagai barangan terutama barangan cenderamata, pakaian sejuk, kasut, baju dan lain-lain lagi. Pelancong akan ke sini untuk membeli cenderamata dan sebagainya. Harga dikatakan lebih murah berbanding tempat lain. Waktu siang, hanya kedai biasa yang beroperasi namun apabila malam gerai-gerai kaki 5 mula memenuhi jalan. Memang meriah!

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 1
Namdaemun Market, Seol, Korea
Kami fokus untuk membeli cenderamata sahaja sambil-sambil cuci mata. Huhuhu Antara cenderamata yang dibeli ialah keychain, baju T, sudu, kerongsang dan sebagainya. Ada kedai yang kami pergi peniaganya boleh berbahasa Melayu contohnya 3 sepuluh, selamat datang, terima kasih. Nampak sangat orang Malaysia selalu singgah :)

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 1
Kedai cenderamata Namdaemun Market
Selesai urusan membeli cenderamata, kami bercadang untuk ke Namsam Seoul Tower namun terbatal kerana hari telah gelap. Rupanya di Seoul, Korea hari cepat malam. Huhuhu Lagi pula kami semua agak penat hari pertama perjalanan.

Selesai hari pertama melancong ke Seoul, Korea :)

Galeri gambar:
Melancong ke Seoul, Korea - Hari 1
Peniaga membetulkan skaf Auni

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 1
Rumah penginapan kami

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 1
Berada di Namdaemun Market

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 1
Perjalanan ke Stesyen Seoul, Korea
Melancong ke Seoul, Korea - Hari 1
Autum telah di penghujung musim

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 1
Taman Yeouido, Seoul, Korea
Koleksi penuh gambar di Album FB :)



2 comments:

  1. tiap kali AA buat promo..xtau nak pi mana..nti2lah dulu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. org yg byk berjalan mesti dah tak taw nak kemana huhuhu

      Delete


EmoticonEmoticon