Azfar dan Azwar telah bersunat

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Azfar selepas bersunat
Bersunat merupakan perkara menggerunkan semua kanak-kanak. Pelbagai pengalaman akan diceritakan oleh mereka yang telah melaluinya.

Proses perubatan semakin berkembang dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan proses bersunat yang berubah mengikut perkembangan zaman. Zaman Sop dulu masih ada dua cara bersunat iaitu dengan Tok Mudim yang secara tradisional dan klinik dengan cara moden oleh doktor.

Proses bersunat secara tradisional kelihatan lebih menggerunkan kerana tiada bius. Ada sepupu Sop yang bersunat menggunakan cara ini. Sop pula bersunat di klinik :)

Jumaat lepas, Azfar dan Azwar telah selamat bersunat di klinik terletak Wangsa Melawati. Tempahan telah dibuat 2 minggu sebelum itu. Itupun telah lambat membuat tempahan kerana pilihan hari Sabtu dan Ahad telah penuh. Deposit RM10 dikenakan untuk membuat tempahan.

Azwar selesai bersunat
Sebelum ke klinik pagi tersebut, kami singgah bersarapan dahulu. Azfar dan Azwar kelihatan tenang sahaja walaupun tahu mereka berdebar-debar akan bersunat nanti. Ketika berada di klinik, debaran lebih kelihatan kerana masing-masing tidak senang untuk duduk. Ketika itu, ada peserta pertama sedang bersunat pada hari tersebut. Selepas beliau keluar dengan tersengih-sengih dari bilik rawatan, Azfar dan Azwar kelihatan lebih tenang :)

Semasa proses bersunat, Sop telah masuk menemani Azfar dan kemudiannya Azwar. Untuk bagi mereka leka, terpaksa bagi handphone untuk bermain. Doktor pun tidak kisah. Proses bersunat berjalan lancar dan dalam 30 minit, semua proses telah selesai.

Selesai bersunat kami terus kembali ke rumah. Alhamdulillah semua telah selamat. Sekarang tunggu mereka sembuh :)

Video selesai bersunat:


Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Ana Suhana
AUTHOR
09 December, 2016 17:02 delete

Alhamdulillah selesai semua. Happy jer muka tue. 😀

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
11 December, 2016 16:28 delete

Alhamdulillah
Mmg happy lah sbb dah selesai.. huhuhu

Reply
avatar
17 January, 2017 03:54 delete

haipp.da besar da dua org ne..bdn pun tgk macam makin comel.
dah 2psg anak bro.

Reply
avatar
17 January, 2017 10:02 delete

mmg naik betul hero2 sop terutama Azwar
biasa la tgk naik remaja, selera makan bertambah2.. huhuhuh

Reply
avatar