Melancong ke Seoul, Korea - Hari 4

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Melancong ke Seoul, Korea diteruskan lagi dengan hari keempat. Untuk hari ini, kami hanya merancang untuk berjalan di sekitar Seoul dengan melawat tempat-tempat menarik. Ketika baru keluar dari penginapan, tiba-tiba salji mula turun. Memang harapan kami dapat merasai salji ketika melawat musim sejuk ini. Walaupun salji turun kadar sederhana sahaja namun ia cukup untuk kami merasai pengalaman melihat salji :)



Tempat pertama kami melawat hari tersebut ialah Namsangol Hanok Village. Ketika sampai di situ, salji semakin lebat turun. Agak teruja kami semua bermain dengan salji yang turun. Memang nampak sangat jakun dengan salji. Huhuhu. Namsangol Hanok Village menarik kerana kami dapat melihat rumah tradisional Korea.


Kemudian, kami ke Buchon Hanok Village pula untuk melihat senibina tradisional perumahan di situ. Buchon Hanok Village merupakan perumahan sebenar penduduk di situ yang mengekalkan senibina tradisional Korea. Ketika melawat di situ, pastikan jaga perbuatan dan suara kerana ia merupakan kawasan perumahan. Hormati penduduk di situ :)


Selesai melawat Buchon Hanok Village, kami menuju ke Gyongbukgung Palace untuk melihat pertukaran pengawal. Semasa perjalanan, kelihatan ramai polis yang sedang bertugas sepanjang jalan kawasan tersebut. Sampai di hadapan Gyongbukgung Palace, baru kami tahu ada perhimpunan aman oleh penduduk Korea terhadap pemimpin mereka. Oleh kerana perhimpunan aman tersebut, Gyongbukgung Palace telah ditutup dan kami terus beransur dengan segara dari kawasan tersebut.


Kami seterusnya menuju ke Itaewon untuk mencuba makanan halal Korea. Terdapat banyak restoran halal di area Itaewon dan kebanyakan ianya restoran makanan Arab. Kami telah ke Restoran Aid yang sering dikunjungi oleh pelancong Malaysia. Pekerja restoran tersebut merupakan pelajar Malaysia yang membuat secara sambilan. Restoran sempit sahaja yang boleh memuatkan 3 atau 4 kumpulan sahaja.

Selesai makan malam, kami beransur pulang ke penginapan.

Galeri gambar:









Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Normi Nieza
AUTHOR
05 January, 2017 09:26 delete

alahai..bla nak sampai korea gk ni..hehe

Reply
avatar
05 January, 2017 23:30 delete

Insyallah ada rezeki tu nanti :)

Reply
avatar