Melancong ke Seoul, Korea - Hari 3

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 3
Berjalan menuju ke pusat bas Everland
Melancong ke Seoul, Korea pada hari ketiga diteruskan dengan melawat Everland, Seoul, Korea. Tidak sah jika tidak melawat taman tema bagi keluarga yang ada anak-anak. Namun bagi Sop, semua perlu pergi jika melancong ke Seoul, Korea kerana ia sangat menarik untuk di lawati.

Untuk ke Everland, Seoul, Korea ini, kami menggunakan perkhidmatan bas. Dari Seoul Station, kami berhenti di Gangnam Station dan berjalan kaki 300 meter ke tempat bas menunggu di tepi jalan sahaja. Bayaran bas menggunakan T Money sahaja. Kami yang mebawa stroller agak sukar juga kerana perlu melipat dan bawa naik ke atas bas. Perjalanan bas memakan masa lebih kurang 45 minit perjalanan.

Bas tersebut akan berhenti di Hentian Everland/ Caribbean Bay dan dari situ perlu naik shuttle bas yang disediakan oleh Everland Seol, Korea. Perjalanan hanya beberapa minit sahaja untuk ke pintu masuk Everland. Apabila sampai, nampaklah tersergam indah Everland, Seoul, Korea dan anak-anak mula teruja untuk masuk!

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 3

Selepas selesai urusan pembelian tiket, kami terus masuk ke  Everland, Seoul, Korea. Sangat menarik  Everland, Seoul, Korea ini dan siapa yang ke Korea, perlu masuk. Walaupun tiket masuk agak mahal tetapi sangat berbaloi. Permainan sangat banyak dan menarik untuk semua peringkat umur.

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 3

Mula-mula kami menaiki human sky untuk turun ke kawasan permainan. Bahagian atas hanya banyak kedai-kedai menjual pelbagai jenis barangan. Sampai ke bahagian bawah, kami sempat bermain beberapa permainan dan semua adalah menarik. Permainan bukan sahaja ada jenis extream tetapi jenis melawat pun ada seperti Lost Valley, Amazon Express dan sebagainya. Kami tidak berani untuk bermain roller coaster kerana takut pening. Habis rosak mood nanti jika pening. Huhuhu

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 3

Selepas memasuki Amazon Express, Azfar telah tertinggal bagpack yang digunakan membawa makanan ringan dan ubat-ubatan di dalam bas lawatan tersebut. Kami perasan selepas bermainan beberapa permainan. Apabila membuat laporan kepada pusat maklumat  Everland, kami diminta menanti selama 1 jam kerana barangan yang dijumpai akan dihantar pusat maklumat dan direkodkan. Selepas 1 jam menunggu masih tiada bayang bagpack tersebut. Kami tunggu sehingga pusat Amazon Express tersebut ditutup tetapi masih tiada. Akhirnya kami terpaksa mengakui bagpack tersebut telah tiada rezeki. Mungkin ada yang berkenan dengan bag deuter tersebut` :((

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 3

Ketika itu hari semakin gelap dan cuaca samakin sejuk. Banyak lagi permainan yang belum dicuba namun cuaca semakin sejuk dan masing-masing telah kepenatan. Keadaan malam juga menarik kerana disinari limpahan pelbagai cahaya. Semasa perjalanan hendak keluar, sempat menikmati keindahan lampu-lampu yang dipamerkan. Secara keseluruhan, kami sempat melawat 35% sahaja Everland, Seoul, Korea tersebut. Banyak lagi permainan yang tidak sempat untuk cuba dan lawati. Huhuhu

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 3

Keluar dari  Everland, Seoul, Korea kami menunggu bas untuk kembali ke penginapan. Apabila bas sampai, rupanya ramai yang sedang menunggu bas. Kami pun tukar perancangan iaitu balik menggunakan train. Memang boleh balik dari  Everland, Seoul, Korea ke penginapan menggunakan train tetapi kena tukar-tukar banyak line. Tempoh perjalanan pun jauh lebih lama berbanding menaiki bas tetapi kelebihannya ialah selesa :)

Kami tiba ke penginapan lebih kurang jam 10.00 malam dan semua kepenatan. Huhuhu

Galeri gambar:

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 3

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 3

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 3

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 3

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 3

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 3

Melancong ke Seoul, Korea - Hari 3

Previous
Next Post »