Dugro Soy - Susu Formula Berasaskan Soya

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Anak-anak Sop semua minum susu Dugro tetapi susu lembu la. Info mengenai susu soya ini baru juga Sop tahu jadi bolehlah berkongsi dengan rakan-rakan :)

Apa Itu Susu Formula Berasaskan Soya?
Ia adalah susu berasaskan protein soya yang dirumuskan dengan vitamin, mineral dan nutrien utama. Ianya tidak mengandungi protein susu lembu dan sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak yang:

Didiagnos dengan alahan kepada protein susu lembu
Alahan protein susu lembu merupakan alahan yang paling umum di kalangan kanak-kanak1. Ia adalah tindak balas sistem imun yang hipersensitif terhadap protein yang terdapat di dalam susu lembu. Ia terjadi apabila sistem imun tersilap mengesan protein susu lembu sebagai sesuatu yang perlu dielakkan dan mencetuskan tindak balas alergi.

Laktosa
Tidak toleransi terhadap laktosa Tidak toleransi terhadap laktosa berlaku pada kanak-kanak yang tidak berupaya menghasilkan enzim laktase yang cukup. Enzim ini diperlukan untuk menghadam laktosa. Laktosa pula adalah gula yang terdapat dalam susu lembu dan produk tenusu yang lain seperti ais krim, keju, susu kultur dan sebagainya.

Cirit-Birit
Penyusuan semasa dan selepas cirit-birit Jika anak anda mengalami pergerakan usus yang lebih banyak daripada biasa, kerap dengan najis yang lembik dan cair, dia mungkin mengalami cirit-birit. Antara sebab yang menyebabkan cirit-birit adalah radang dalam sistem penghadaman yang berlaku akibat jangkitan bakteria atau virus. Berikan Si Manja anda susu formula berasaskan soya hanya atas nasihat doktor keluarga anda atau pakar kanak-kanak.


Nutrisi Dugro® Soy
Dugro® Soy mengandungi 5 NUTRI berserta dengan DHA, ALA, LA, Kalsium, FOS, 14 vitamin & mineral yang penting untuk menyokong tumbesaran optimum Si Manja..


Lihat video berikut untuk maklumat tentang Dugro® Soy:


Puan Normayani Isia berkongsi pengalaman


Puan Ruhil Amani berkongsi pengalaman

Previous
Next Post »