Percutian Mewah di hotel Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur
Sebagai salah sebuah bandar yang sering dikunjungi pelancong dari serata dunia, kebanyakan hotel di KL semestinya terkenal dengan hospitalitinya yang mantap dan memuaskan hati pengunjung. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang idamkan suasana dan pengalaman penginapan yang glam dan mewah, berikut merupakan dua hotel yang dirasakan ideal buat anda.

1# JW Marriot Hotel Kuala Lumpur

Sumber gambar
Bangunan setinggi 29 timgkat ini mempunyai sebanyak 561 buah bilik yang menyediakan penginapan bertaraf lima bintang kepada pengunjungnya. Terletak di Jalan Bukit Bintang, lokasi hotel ini betul-betul berada dalam ‘the golden triangle’ menjadikan ia sebagai antara hotel di Kuala Lumpur yang sering menjadi tumpuan pelancong sama ada dari dalam dan luar negara. Jaringan pengangkutan dan kemudahan fasiliti yang cemerlang juga antara penyumbang kepada faktor in. Tempat penginapan yang mengetengahkan ciri-ciri kontemporari urban ini sangat sesuai bagi mereka yang cerewet dan particular dalam setiap perkara. Layanan yang diterima, room condition, kemudahan yang disediakan serta makanan yang dihidangkan, semuanya diperinci secara halus dan berhati-hati bagi menjamin keselesaan dan kepuasan pengunjung.

Sumber gambar

Terdapat pelbagai jenis bilik yang ditawarkan di sini, bermula dari regular (deluxe room) sampai la ke suite serta studio. Semuanya digayakan dan dihias dengan ciri sofistikated dan elegen dan dipertingkatkan dengan ciri-ciri nilai tambah bagi membuatkan pengunjung berasa seperti berada di rumah sendiri. Setiap kemudahan di sini ideal buat mereka yang inginkan suasana percutian atau juga bagi mereka yang sedang dalam business trip. Cakap pasal kemudahan, semua fasiliti asas boleh didapati di sini. Spa, gimnasium dan pusat kecergasan, swimming pool yang glamoruous serta internet berkelajuan tinggi percuma.  Lagi satu, spa di hotel ni terkenal dengan layanan tiptop yang diberikan kepada pengunjung sampai terseranai dalam award winnning spa in town. Pelbagai jenis treatment disediakan, jadi anda boleh memanja diri sepanjang hari. Selain tu, bagi mereka yang ingin merasai pengalaman membeli-belah seperti di New York, London atau Paris, tempat ini merupakan destinasi penginapan yang ideal kerana bangunan hotel ini bersambung dengan Starhill Gallery dan di hadapannya pula, terdapat pusat membeli-belah yang sangat gah iaitu Pavillion. Bagi mereka yang ingin mencuba pengalaman kulinari pelbagai pula, terdapat macam-macam jenis juadah tempatan serta antarabangsa yang disediakan di restoran-restoran di sini. Salah satunya menyajikan hidangan makanan Cina yang terbaik di ibu KL. Buffet bagi sarapan pagi pula hanyalah serendah RM55/person. This is indeed the best hotel Kuala Lumpur!

Sumber gambar


2# Impiana KLCC hotel

Sumber gambar

Terletak di tengah-tengah pusat ibu kota kosmopolitan tempat penginapan ini adalah hotel perniagaan bertaraf 4 bintang yang menempatkan sejumlah 519 bilik dan 188 kelab 5-bintang. Hotel yang bergaya ini dihubungkan melalui jambatan gantung yang berhawa dingin sepenuhnya yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan kawasan Bukit Bintang yang happening dan dikelilingi oleh beberapa pusat perniagaan yang utama di dunia. Ia menyediakan penginapan mewah bertaraf 5 bintang pada harga 4 bintang dan menggabungkan keselesaan mewah dengan layanan yang mesra bagi membangkitkan suasana dan kebudayaan Malaysia. Kesemua bilik di sini luas dan telah direka khas dengan rasa keselesaan yang mewah. Bilik-bilik yang terdiri daripada deluxe, superior, dan suit dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan hiasan dalaman yang moden dan edgy. bagi membuatkan pengunjung melalui pengalaman penginapan yang istimewa. Antaranya seperti spa, salon rambut dan kuku, gimnasium, infinity edge swimming pool, business center dan kemudahan-kemudahan club lounge yang lain. Bukan itu saja, setiap bilik di sini mempunyai pemandangan bandaraya atau taman yang sangat cantik.  As a hotel near KLCC, terdapat juga free shuttle bagi pengunjung yang ingin ke sana.

Sumber gambar
Bukan itu sahaja, di sini terdapat beberapa buah restoran yang pasti akan membuatkan anda teruja. Tonka Bean Cafe menyediakan juadah tempatan dan antarabangsa. Bohemia menghidangkan kopi, teh serta pencuci mulut dan tempat ini sangat sesuai bagi anda yang inginkan privacy manakala Cedar di tingkat 15 pula pernah disenaraikan sebagai “Best restaurant 2015” oleh Tatler Malaysia. Dan jika semua ini tidak memenuhi citarasa anda, anda boleh lah melawat tempat-tempat makan lain di kawasan sekitarnya. Yang pasti, anda pasti takkan kecewa dengan pengalaman penginapan di one of the most awesome hotel in Kuala Lumpur ini.

Sumber gambar
Sekiranya anda ingin percutian mewah di Kuala Lumpur, bolehlah menginap di hotel yang dinyatakan di atas.
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
SNM Mohamed
AUTHOR
15 October, 2016 19:06 delete

Nice sharing. Singgah bw dari Senarai Rakan Bloggers FB Mialiana.com. (^^,)

Regards,
SNM_Yana Afi Mohamed

Reply
avatar
Fhatin Amelia
AUTHOR
16 October, 2016 15:04 delete

Singgah dari Senarai Rakan Blogger Di Facebook Mia.
Jemput join ye
https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
17 October, 2016 08:17 delete

Terima kasih fhatin :)

Reply
avatar
Health Media
AUTHOR
19 October, 2016 06:28 delete

Terima kasih banyak, nanti kalau saya ke kuala lumpur saya pasti singgah ke sana guys,,,

Salam

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
25 October, 2016 09:20 delete

sama-sama Health Media
selamat melancong :)

Reply
avatar