Kuala Lumpur Brick Festival 2016

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Pada Ahad lepas telah berlangsung Kuala Lumpur Brick Festival 2016 di Institut Latihan DBKL Cheras. Semasa mendapat poster tentang acara ini agak teruja juga untuk pergi kerana pasti anak-anak akan suka dengan pameran permainan LEGO.

Selepas makan tengah hari, kami mula bertolak ke Institut Latihan DBKL tersebut. Kelihatan banyak kaunter jualan permainan yang disediakan namun untuk pameran tidak banyak. Terdapat juga pertandingan sedang dijalankan iaitu memasang LEGO dan pakaian karektor (cosplay). Ketika kami sampai pertandingan memasang LEGO sedang berlangsung dan cosplay akan bermula tidak lama lagi.

Penyertaan pertandingan cosplay tidak memberangsakan kerana hanya 8 peserta sahaja yang menyertainya. Sop sempat untuk mengambil gambar mereka ketika mengayakan aksi di depan pengadil. 

Selepas melihat sekitar tapak pameran di dalam dewan akhirnya kami beransur pulang. Azfar dan Azwar sempat mencuba permainan NERF yang disediakan secara sewaan. Walaupun mereka ada NERF sendiri tetapi di tapak pameran tersebut disediakan banyak bentuk lain. Teruja juga mereka untuk mencubanya.

Kuala Lumpur Brick Festival 2016 lebih menarik jika lebih banyak pemeran disediakan. Walaupun fokus kepada jualan namun jika pemeran lebih besar maka lebih ramai pengunjung akan datang :)

Galeri gambar:





Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
19 October, 2016 12:14 delete

wah tak tahu pun ada pameran ni...tertinggal keretapi suki

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
24 October, 2016 10:07 delete

promosi kurang
sop pun x berapa tahu.. huhhu

Reply
avatar