Berkelah di Port Dickson, Negeri Sembilan 2016

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Agak lama juga tidak kami berkelah di pantai. Kali terakhir berkelah di Port Dickson ialah 5 tahun lepas di Pantai Blue Lagoon. Sangat lama dan ketika itu Azfar dan Azwar masih kecil lagi. Selepas itu kami ada ke Port Dickson tetapi tidak berkelah. Biasanya sekadar berjalan-jalan dan menginap di hotel sahaja.

Kali ini kami kembali berkelah dengan aktiviti bakar membakar. Perjalanan bermula awal pagi dari rumah dan sempat singgah bersarapan di Hentian Rehat Serdang. Walaupun perancangan berkelah bersama keluarga Mrs Sop tetapi perjalanan secara asing. Kami rancang terus berjumpa di Port Dickson sahaja.

Walaupun kami tiba di Pantai Blue Lagoon jam 9.30 pagi namun kelihatan kami agak lewat kerana pantai telah dipenuhi pengunjung. Parking kenderaan telah penuh hingga ke luar kawasan Blue Lagoon. Seperti biasa apabila hari cuti, pasti ramai yang akan bercuti dan berkelah di Port Dickson.


Setelah mendapat tempat yang sesuai, aktiviti membakar mula dijalankan. Sambil membakar, anak-anak mula tidak sabar untuk memandi manda. Air laut ketika itu masih pasang tetapi tidak menghalang untuk mereka untuk bermain pasir dan pantai.


Ini juga merupakan pengalaman pertama Amani bermain pantai. Pada awalnya Amani agak kekok untuk bermain pasir. Mungkin rasa geli atau tidak biasa terkena pasir. Namun selepas menyesuaikan diri, Amani mula tidak mahu berhenti bermain pasir. Namun begitu, Amani masih takut dengan ombak dari awal sehingga habis bermain pantai. Apabila bawa ke dalam air pantai pasti Amani akan ketakutan.

Kami berkelah di Blue Lagoon Port Dickson dari pagi hingga jam 2.00 petang. Pengunjung tidak berkurangan malah semakin bertambah. Walaupun ada yang mula pulang pada tengah hari tetapi pengunjung yang baru sentiasa berganti.


Selesai berkelah, kami ke Seri Bulan Apartment yang tidak jauh dari Pantai Blue Lagoon tersebut untuk daftar masuk. Kami menginap di Apartment tersebut. Sebelah petang, aktiviti anak-anak diteruskan dengan mandi kolam pula :) Memang betul bercuti gayanya. Huhuhu

Pada sebelah malam, kami hanya berehat di apartmen sambil menonton TV. Masing-masing kelihatan kepenatan. 

Pada keesokan pagi, selepas bersarapan kami mula berkemas untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Galeri gambar:


Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
10 October, 2016 14:59 delete

ramainya pengunjung di pantai

Reply
avatar
12 October, 2016 20:28 delete

Dah lama tak datang Port Dickson. Dulu tiap tahun wajib bercuti ke sini..

Reply
avatar