07 September 2016

Jalan-jalan Genting Strawberry Park 2016

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Hari minggu lepas, Sop dan keluarga telah ke Genting Strawberry Park. Aktiviti yang tidak dirancang. Hanya rasa hendak pergi, terus pergi sahaja. Lagipun, Genting Strawberry Park tidak jauh dari Kuala Lumpur pun. Perjalanan hanya 45 minit sahajan dari rumah Sop.

Kali terakhir kami ke Genting Strawberry Park ialah 5 tahun lepas. Ketika itu, Auni masih dalam perut lagi :) Bolehlah bawa Auni dan Ecah jalan-jalan di situ.

Dulu masuk adalah percuma namun sekarang bayaran tiket masuk telah dikenakan iaitu RM8 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak. Mungkin sebelum ini ramai yang masuk hanya melihat-lihat sahaja tanpa beli strawberry pun. Bila dikenakan bayaran, orang masuk sahaja telah dapat duit. Huhuhu

Cuaca pun sekarang agak panas di Genting Strawberry Park. Tidak seperti dulu yang dingin dan segar. Namun sekarang, terdapat kawasan tanaman bunga di dalam Genting Strawberry Park tersebut. Sangat menarik untuk sesi bergambar dan ada perkhidmatan juru gambar disediakan. Jika berminat boleh beli gambar tersebut di kedai gambar dalam Genting Strawberry Park itu.


Pada hari kami melawat Genting Strawberry Park, buah strawberry masih belum masak. Pekerja di situ memaklumkan mungkin 3 atau 4 hari lagi baru masak. Agak sedih juga tidak dapat melihat buah strawberry. Huhuhu

Selesai melawat Genting Strawberry Park, kami terus balik ke rumah. Anak-anak ajak naik cable car namun memandangkan Pusat Permainan Genting Highland belum siap jadi tiada perkara menarik untuk ke sana. Cable car Awana baru pun belum siap lagi. Kalau tidak boleh juga cuba cable car baru :) Lain kali la ye anak-anak :)

Galeri gambar:

 













9 comments:

  1. lamanya tak gi genting...padahal dekat je pun hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tu suki
      kalau dekat lagi susah nak gi :)

      Delete
  2. sedapnya jln2..dapat rasa udara sejuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg x sejuk dah abe kie, panas.. hahaha

      Delete
  3. Mrs. A pun dah lama sangat tak pegi sini.
    Oh! dah kena bayar pulak ya...
    Hurm zaman gst tiada yang percuma.
    Alahai! suka tengok gambar adik dan kakaknya berpimpin tangan tu.
    Anak-anak Mrs. A dah besar depa suka gaduh jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Mrs A
      betul la tu, skrg xda yg percuma dah.. huhuhu

      Delete
  4. lawat sop... wah bestnya bawa budak2 jalan kat situ...

    psstt lama tak datang sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mia
      lama betul x singgah ye :)

      Delete
  5. Nad pernah pergi Genting sekali je TT_TT Tu pun tak sempat nak menyinggah Strawberry Park ni hahaha. Nanti next time lah kalau ada rezeki baru singgah.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon