16 August 2016

Tawaran hotel bajet terbaik dengan OYO

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Apa itu hotel bajet?
Hotel bajet merupakan perkhidmatan memberi kemudahan penginapan pada harga mampu bayar dengan kemudahan yang sesuai. Di Malaysia, hotel bajet ini lebih dikenali dengan hotel harga murah.

Jika dulu, hotel bajet ini dibayangi dengan hotel harga murah dan 'low class hotel' yang menjadi pilihan kepada mereka tidak berkemampuan. Kemudahan disediakan adalah asas, tidak selesa, kecil, kemudahan berkongsi dan banyak kekurangan. Namun begitu, sekarang ini konsep hotel bajet jauh berbeza walaupun harga masih murah.

Permintaan terhadap percutian ringkas yang menjimatkan semakin menjadi pilihan sehingga membawa kepada kewujudan lebih banyak hotel bajet. Pelancong atau pengunjung juga akan singgah untuk bermalam sekejap dan kadang kala ada keluarga ramai maka hotel bajet memang sesuai menjimatkan kos. Bagi pelancong jenis 'bag packer' semestinya akan memilih hotel bajet sebagai tempat penginapan.

Pengalaman hotel bajet
Sop dan keluarga sendiri memilih hotel bajet sebagai tempat penginapan. Bermula dengan pelancongan di luar negara seperti ke Hong Kong dan Jepun sebelum ini, hotel bajet sangai berbaloi kerana untuk menjimatkan kos dan hotel hanya tempat bermalam sahaja. Pada masa lain, semua urusan berjalan dan melawat ke tempat menarik.

Sekarang ini apabila melancong di Malaysia, Sop akan memilih hotel bajet sahaja. Ini kerana konsep melancong juga telah berbeza. Apabila melancong, kita akan fokus untuk melawat ke tempat menarik dan balik ke hotel untuk menginap sahaja. Tidak lagi pergi melancong ke negeri lain tetapi hanya berehat di hotel seperti pengalaman Sop melancong ke Cameron Highlands dan Pulau Pinang yang lepas.

Selain itu, hotel bajet juga telah dinaiktaraf dengan segala kemudahan yang diperlukan dan menarik walaupun harga masih murah. Ada hotel bajet yang Sop singgah suasana bilik seperti hotel 3 atau 4 bintang. Kemudahan bilik lengkap, hiasan menarik dan bersih! Bezanya tiada kemudahan awam seperti kolam, gym, padang permainan atau cafeteria sahaja.

Bagi yang ingin mencari hotel bajet yang sesuai, Sop ingin mencadangkan dapatkan melalui OYO.

Tawaran hotel bajet terbaik dengan OYO

Apa itu OYO?
OYO adalah rangkaian hotel berjenama terbesar di India telah tersebar di 209 bandar-bandar dengan hotel melebihi 6,500 dengan menawarkan pengalaman penginapan yang seragam pada harga yang tidak dapat ditandingi.

Dari hotel tunggal pada Mei 2013 telah meningkat lebih 6500 hotel pada masa ini. OYO telah bermula dengan idea yang bijak dan telah menjadi rangkaian hotel berjenama terbesar di India. Impiannya untuk menjadi rangkaian hotel berjenama terbesar di dunia pada masa hadapan

Pada Januari 2016, OYO telah memulakan operasinya di Malaysia. Sehingga Jun 2016, OYO telah mempunyai talian melebihi 200 hotel untuk 18 bandar merangkumi lebih kurang 3,000 bilik meliputi Kuala Lumpur, Klang, Petaling Jaya, Rawang, Seremban, Shah Alam, Subang, Penang, Malacca, Johor Bahru, Langkawi, Ipoh, Taiping, Kuala Kangsar, Kampar, Seri Iskandar, Kota Kinabalu and Cameron Highland.

Apa kelebihan OYO?

Tawaran harga hebat
Dengan harga serendah RM49.00 semalam, pengunjung dapat menikmati tawaran harga terbaik dan menjimatkan.
Tawaran hotel bajet terbaik dengan OYO

Pengalaman penginapan yang selesa
OYO menyediakan bilik penginapan yang selesa dan menarik kepada pengunjung. Berikut merupakan perubahan yang dilakukan oleh OYO dan hasil yang diperolehi:

Tawaran hotel bajet terbaik dengan OYO

Perubahan yang dilakukan pada bilik hotel bajet menjadikan ia kelihatan menarik dan selesa. Setiap bilik OYO dilengkapi dengan penghawa dingin, Free WiFi, TV, air panas dan sebagainya.Tawaran hotel bajet terbaik dengan OYO

Carian dan pembelian bilik dengan mudah
Pengguna boleh membuat carian bilik dengan mudah melalui laman web dan aplikasi telefon bimbit. Setiap tempahan, pengguna boleh memilih untuk tempah dahulu dan bayar kemudian jika perjalanan belum lagi pasti. Bila-bila masa boleh batalkan (rujuk syarat tempahan) jika terdapat perubahan perancangan pelancongan.

Tawaran hotel bajet terbaik dengan OYO

Bantuan kepada pengguna 24x7
Untuk memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik, talian bantuan dibuka setaip hari dan masa. Sebarang masalah berkaitan dengan OYO, pengguna boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan OYO.

Berminat untuk mendapatkan bilik hotel melalui OYO?
Untuk maklumat lanjut mengenai OYO, sila lawari maklumat berikut:


Bersedia untuk membuat tempahan bilik OYO? 
Untuk mendapat diskaun sebanyak 20% semasa membuat tempahan, pembaca blog SOP.NAME.MY boleh menggunakan kod diskaun berikut:

MYBUD410

Video pengenalan mengenai OYO:


6 comments:

  1. nice info sop...baru tahu ada website OYO ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni boleh cari hotel murah2 kalau g berjalan2 :)

      Delete
  2. wahh. sebelum ni tak pernah dengar pun pasal oyo hihih.

    Nice info =D

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon