Kisah di Aidilfitri 2016

Selamat sejahtera dan salam Aidilfitri kepada semua rakan.

Pada tahun ini, Sop dan keluarga beraya di Kuala Terengganu dahulu walaupun sepatutnya tahun ini merupakan giliran beraya bersama keluarga Mrs Sop. Oleh kerana cuti raya awal tahun ini, jadi perancangan lebih sesuai beraya di Kuala Terengganu dahulu kerana selepas itu kami akan ke Perak dan Kedah beraya bersama keluarga Mrs Sop.

Perancangan hendak balik pada hari Ahad namun apabila Amani terkena demam chicken pox, kami telah tunda rancangan tersebut dan balik kampung pada hari Isnin. Perjalanan pada hari Isnin sangat lancar dan kami telah bertolak selepas subuh. Pada jam 12.30 tengah hari kami telah tiba di Kuala Terengganu. Kami sempat berbuka puasa selama 2 hari bersama keluarga Sop.

Kisah di Aidilfitri 2016

Pada hari raya pertama, aktiviti selepas solat sunat Aidilfitri ialah bermaafan bersama ahli keluarga terutama emak dan ayah. Selepas itu, sedikit sesi fotografi bersama keluarga. Selepas itu, kami menerima kunjungan sanak saudara berterusan. Sop sendiri tidak sempat hendak ke semua rumah sanak saudara kerana ramai yang datang ke rumah.

Pada petang tersebut, kami sempat beraya ke beberapa buah rumah sebelum hujan. Apabila sebelah malam, kami hanya berehat di rumah sambil menonton TV sahaja.

Pada hari raya kedua, Sop dan keluarga bertolak ke Perak untuk beraya bersama keluarga Mrs Sop. Perjalanan bermula selepas bersarapan bersama keluarga Sop. Sop menggunakan laluan LPT dan singgah balik Kuala Lumpur untuk menghantar pakaian kotor dan sempat berehat seketika di rumah. Perjalanan ke Kuala Lumpur sangat lancar.

Kisah di Aidilfitri 2016

Selepas Asar, Sop bertolak ke Malim Nawar, Perak untuk beraya di rumah Opah Mrs Sop. Perjalanan lancar sehinggalah sebelum Hentian Tapah yang akhirnya jalan mula sesak. Kami tiba di rumah Opah Mrs Sop jam 9.00 malam. Sempat juga anak-anak bermain bunga api bersama sepupu-sepupu mereka di rumah Opah.

Pada pagi esoknya selepas sarapan, kami bertolak ke Kedah untuk beraya di rumah sanak saudara belah mak mertua. Perjalanan agak lancar kerana kami bertolak pagi dan tiba di rumah bapa saudara Mrs Sop jam 12.30 tengah hari. Selepas solat Jumaat, kami ke rumah sedara lain pula dan kemudiannya ke sebuah rumah lagi kami beraya sebelum ke hotel yang ditempah iaitu Hotel Grand Crystal Alor Setar, Kedah.

Kisah di Aidilfitri 2016

Sebelum ini, kami pernah menginap di Hotel Grand Crystal ini semasa ke Kedah. Hotel lama tetapi kemudahan agak selesa juga. Ketika musim raya ini, Hotel Grand Crystal sangat penuh. Kami bernasib baik kerana telah membuat tempahan awal. Ini kerana selepas itu, kami ingin menambah bilangan bilik malangnya semua telah penuh.

Kisah di Aidilfitri 2016

Hotel Grand Crystal Alor Setar agak selesa walaupun hotel lama juga. Kemudahan asas disediakan dan WiFi boleh diakses di bilik. Bilik air ada dsediakan bath tab jadi boleh untuk berendam-rendam :) Kebersihan bilik memuaskan dan selesa. Kemudahan asas lain disediakan. Namun begitu, siaran TV kurang memuaskan kerana saluran tidak beberapa jelas. Pakej bilik termasuk sarapan. Pagi tersebut agak lambat sarapan disediakan. Kami turun jam 7.00 pagi tetapi jam 8.00 pagi baru boleh kami bersarapan. Sedangkan dimaklumkan sarapan boleh bermula jam 7.00 pagi.

Maklumat lanjut mengenai Grand Crystal Hotel Alor Setar, sila layari web mereka di sini atau boleh banding tawaran hotel terbaik di HotelsCombined.

Kisah di Aidilfitri 2016

Pada sebelah malam, Sop sempat ke Dataran Alor Setar untuk merakam gambar Masjid Zahir yang tersergam indah. Ramai juga yang melepak di dataran tersebut dan jalan agak sesak. Hotel Grand Crystal tidak jauh daripada dataran tersebut dan kami hanya berjalan kaki sahaja.

Pada esok paginya, selepas sarapan di hotel, sedara mertua mengajak kami bersarapan di rumahnya. Pada asalnya Sop ingin bertolak awal dari hotel untuk mengelak kesesakan jalan raya. Namun apabila ada pelawaan tersebut, kami perlu ke rumah beliau dahulu. Selesai bersarapan lebih kurang jam 10.30 pagi baru kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. 

Perjalanan memasuki lebuhraya di sekitar Kedah masih lancar tetapi mula perlahan apabila memasuki Pulau Pinang. Trafik makin perlahan apabila melalui tol dan kawasan rehat. Paling parah apabila memasuki Perak kerana trafik mula perlahan tahap berhenti. Oleh kerana kesesakan melampau, kami akhirnya keluar Tol Simpang Pulai. Selesai berehat dan pengurusan diri, kami mengambil keputusan untuk menginap di arena tersebut dan akan memulakan perjalanan pada awal pagi esok.

Kisah di Aidilfitri 2016

Kami telah singgah di Mornington Hotel Soon Choon Ipoh yang tidak jauh dari Tol Simpang Pulai tersebut. Hotel bajet yang baru sahaja dibuka dan keadaan hotel sangat menarik dan kemas. Walaupun hotel kecil namun semua kemudahan lengkap dengan sistem kunci kad. Bilik juga sangat bersih dan memuaskan. TV LCD disediakan dengan siaran ASTRO. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Paling penting WiFi boleh didapati di dalam bilik. Ketika kami sampai, kebanyakan bilik telah penuh termasuk bilik jenis family yang lebih sesuai dengan kami sekeluarga. Oleh kerana tiada pilihan, kami mengambil bilik jenis biasa sahaja. Mornington Hotel Soon Choon Ipoh boleh juga ditempah melalui laman web Agoda kerana Sop ada nampak folder khas tempahan Agoda. :) Maklumat lanjut mengenai Hotel Mornington, sila layari web mereka di www.morningtonhotel.my

“Banding tawaran hotel terbaik di HotelsCombined


Kisah di Aidilfitri 2016

Pada malam tersebut, kami hanya berehat dibilik selepas makan malam.

Pada keesokannya selepas subuh, kami terus daftar keluar hotel dan bertolak pulang. Perjalanan lancar walaupun banyak kenderaan ada di jalan raya. Memang berbeza trafik berbanding semalam yang cukup sesak. Kami tiba di Kuala Lumpur jam 9.00 pagi dan sempat bersarapan di mamak sebelum balik ke rumah.

Begitu lah kisah Aidilfitri tahun ini yang mana jauh perjalanan kami sekeluarga. Dari pantai Timur hingga ke Utara hanya untuk beraya. Walaupun penat jauh perjalanan namun semangat raya mengatasi segala-gayanya. :)

Galeri gambar:


Kisah di Aidilfitri 2016
Kisah di Aidilfitri 2016
Kisah di Aidilfitri 2016
Kisah di Aidilfitri 2016
Kisah di Aidilfitri 2016


Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Ceri Koko
AUTHOR
14 July, 2016 12:52 delete

seronok baca kisah aidilfitri encik Sop :) ceri ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada encik Sop dan keluarga :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
14 July, 2016 13:31 delete

selamat hari raya ceri
terima kasih singgah :)

Reply
avatar
Mrs. A
AUTHOR
21 July, 2016 17:27 delete

Happeningnya berhari raya sambil travel dari pantai timur ke utara

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
22 July, 2016 08:37 delete

itu lah, beraya sungguh :) huhuhu

Reply
avatar
Maman Reen
AUTHOR
26 July, 2016 01:59 delete

Selamat Hari Raya.. 😉

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
26 July, 2016 08:28 delete

selamat hari raya Maman Reen

Reply
avatar