18 July 2016

Auni Awatif kena chicken pox

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Sebelum Raya Aidilfitri baru ini, Amani Aisyah telah terkena chicken pox. Ketika itu, terfikir juga kenapa Auni tidak berjangkit sedangkan Auni belum lagi pernah ken chicken pox seperti abang-abangnya. Namun begitu andaian bahawa Auni akan terselamat dari jangkitan meleset kerana Amani Aisyah hampir sembuh akhirnya Auni mula demam dan muncul tanda-tanda chicken pox.

Pada minggu lepas, Auni mula demam dan chicken pox mula keluar di bahagian badan. Pada hari berikutnya, chicken pox mula keluar hingga memenuhi muka dan badan. Agak cepat ia keluar memenuhi badan. Mungkin kesan makan sup ayam yang membantu chicken pox keluar lebih cepat.


Lebih cepat keluar lebih baik kerana akan cepat habis chicken pox tersebut. Selepas semua keluar, demam akan beransur baik dan bebola air chicken pox akan pecah. Kesan gatal pun lebih berkurangan.

Ketika ini, Auni bercuti sekolah tadika sehingga betul-betul sembuh untuk mengelak daripada kanak-kanak lain berjangkit pula.

Selepas ini, tidak perlu lagi risau Auni dengan jangkitan chicken pox kerana selepas kena biasanya tidak akan kena lagi. Namun begitu, harap parut kesan chicken pox akan hilang kerana banyak juga chicken pox yang naik di muka :)



7 comments:


EmoticonEmoticon