Melawat Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu baru sahaja dibuka di kampung Sop. Ketika balik kampung minggu lepas, Sop sekeluarga sempat singgah melihat sendiri Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu tersebut.

Walaupun agak jauh dari Pusat Bandar Kuala Terengganu, Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu menerima jumlah pengunjung yang agak ramai juga. Ketika ini berlangsung pameran dinasor di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu.

Untuk masuk ke Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu, tiket dikenakan iaitu RM 3 bagi dewasa dan RM 2 bagi kanak-kanak 5-12 tahun. Kanak-kanak bawah 4 tahun masuk adalah percuma. Waktu lawatan ialah jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

Oleh kerana kami pergi petang, tidak sempat untuk kami melawat pameran dinasor. Waktu terakhir untuk masuk ke pameran dinasor ialah jam 3.30 petang. Oleh itu, kami hanya melawat sekitar pameran Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu sahaja.


Terdapat beberapa bahagian pemeran yang disediakan termasuk pemeran interaktif yang mana pengunjung boleh mencuba peralatan yang disediakan. Terdapat juga aktiviti tertentu yang boleh pengunjung sertai seperti menyediakan roket kertas, membina glob melalui komputer dan sebagainya.

Bagi yang ada anak-anak sekolah rendah, memang sesuai untuk dibawa melawat Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu ini. Banyak yang boleh mereka belajar dan mendapatkan maklumat mengenai sains. Oleh kerana masih baru, tidak banyak lagi peralatan dipamerkan jika dibandingkan dengan Pusat Sains Negara. Namun Sop percaya ia akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Sepanjang berada di situ, kelihatan anak-anak seronok melihat pameran dan mencuba pemeran interaktif yang disediakan.

Galeri gambar:


Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
15 June, 2016 15:31 delete

tak pernah pegi lg..nanti blk kg boleh singgah :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
16 June, 2016 07:59 delete

baru buka lagi
jangan lupa singgah yer :)

Reply
avatar
20 June, 2016 14:31 delete

anak-anak memang suka tempat macam ni..

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
23 June, 2016 08:47 delete

betul tu bro
byk anak2 boleh belajar

Reply
avatar