30 June 2016

Berbuka puasa bersama EduRiders@KL

Selamat sejahtera kepada semua rakan.




Agak lama tidak update blog sejak bulan Ramadan ini. Mungkin mood berblog agak ke laut ketika ini menjadikan malas hendak menaip entri. Huhuhu

Baru-baru ini Sop berkesempatan untuk berbuka puasa bersama EduRiders@KL di Borak-Borak Cafe Damansara. Walaupun tidak ramai ahli EduRiders@KL yang join namun kesempatan ini boleh berjumpa dengan rakan-rakan yang hadir.

Oleh kerana ramai yang membawa famili, masing-masing membawa kereta untuk ke Borak-Borak Cafe. Kami mula berkumpul di Shell Tol Duta sebelum bergerak ke Borak-Borak Cafe secara konvoi jam 6.00 petang.

Borak-Borak Cafe Damansara menyediakan bufet Ramadan menu Melayu Asli dengan harga RM30.00 bagi dewasa dan RM10.00 bagi kanak-kanak. Memang berbaloi untuk berbuka puasa kerana banyak juga menu yang disediakan. Ruang solat ada disediakan di atas Cafe memudahkan untuk pelanggan bersolat selepas berbuka. Malah EduRiders@KL mengadakan solat terawih di surau tersebut selesai berbuka puasa.


Kami sekeluarga agak jarang berbuka puasa di luar tahun ini kerana Aisyah yang masih kecil. Agak mencabar juga jika berbuka di luar kerana Aisyah sangat aktif ketika ini dan sukar untuk duduk diam. Maknanya adalah sukar untuk kami makan dengan aman. Huhuhu

Selesai berbuka, kami terus pulang kerana anak-anak bersekolah pada esok hari. Tidak sempat untuk bersama-sama solat terawih di situ.

Terima kasih kepada semua rakan EduRiders@KL yang bersama-sama berbuka puasa di Borak-Borak Cafe.

Galeri gambar:



4 comments:

  1. Sesekali berbuka di luar seronok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul PC
      sesekali dapat berbuka dgn rakan2 mmg seronok

      Delete
  2. tahun ni sekali je buka puasa kat luar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo
      ada beberapa hari lagi ni
      boleh rancang berbuka luar lagi.. huhuhu
      thx Siti

      Delete


EmoticonEmoticon