Selamat ulang tahun kelahiran pertama Amani Aisyah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Hari ini merupakan ulang tahun pertama Amani Aisyah. Happy Birthday!

Cepat betul masa berlalu dalam tidak sedar telah setahun umur Amani. Bagaikan baharu sahaja kami menerima kehadiran Amani dalam keluarga kami.

Alhamdulillah, kini Amani semakin sihat dan tidak terjadi lagi sawan sejak mengambil ubat yang disarankan doktor. Semoga Amani terus sihat dan tidak terjadi lagi sawan. Pengambilan ubat akan diteruskan sehingga disarankan oleh doktor berhenti.

Selain itu, Amani masih belum dapat berjalan dengan sendiri. Masih kelihatan tidak yakin jika tidak berpaut pada sesuatu. Selepas melangkah beberapa tapak, Amani akan duduk dan selesa untuk merangkak. Amani juga boleh untuk berdiri daripada duduk tetapi tidak berani untuk berjalan.

Amani juga sangat aktif sekarang ini. Memang sukar untuk melihat Amani untuk duduk diam kecuali mendapat sesuatu yang menarik perhatiannya. Malah di rumah banyak tempat telah diterokai dan mula memunggahnya. Memang bersepah lah rumah!

Semoga Amani terus membesar dengan sihat dan akan menjadi anak kebanggaan kami. Amin


Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
careno
AUTHOR
05 April, 2016 11:32 delete

semoga Amani sentiasa sihat... Happy Birthday dear...

Reply
avatar