Kek cawan untuk birthday Amani

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Tiada sambutan hari lahir untuk Amani Aisyah untuk ulang tahun kelahiran pertama. Walaupun tiada sambutan, kami bersyukur kerana Amani telah membesar dengan sihat. Sambutan hari lahir bukanlah budaya kami cuma kadang-kadang dibuat untuk meraikan anak-anak.

Sambutan hari lahir pasti mengembirakan anak-anak apabila ramai akan atau saudara yang datang menyambutnya. Kek bagaikan perkara wajib sambutan hari lahir kerana kanak-kanak suka kek bukan? Bukan kerana terikut-terikut budaya lain :)

Setiap sambutan hari lahir sepatutnya menjadi kenangan buat anak-anak. Oleh kerana Amani masih kecil, rasanya beliau belum memahami sambutan hari lahir dan juga kek. Biasanya IbuBapa atau abang dan kakak yang lebih teruja sambutan tersebut :)


Untuk bergambar kenang-kenangan, Amani dibekalkan dengan cup cake untuk bergambar. Tidak perlu kek besar dan cukup sekadar dengan kek cawan. Dapat sahaja kek cawan, Amani terus masuk mulut. Suka pula Amani dengan kek cawan tersebut.

Nanti Amani telah besar dan faham tentang sambutan hari lahir, baru Papa beli kek lebih besar yer?


Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
08 April, 2016 10:08 delete

suka dia dgn cupcake tu :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
11 April, 2016 12:46 delete

suka tp makan memain je la
hahaha

Reply
avatar