Bayaran AdSense Western Union tidak boleh diproses di pejabat POS danBSN

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Western Union merupakan cara mudah untuk menghantar atau menerima wang merentasi negara.

Bagi pengiklan Google AdSense akan memilih untuk menerima bayaran melalui Western Union berbanding cek kerana cas proses cek lebih mahal di bank dan tempoh yang lebih lama. Berbeza dengan Western Union yang boleh menerima wang ketika itu juga.

Agak lama tidak menerima bayaran Google AdSense setelah tidak begitu aktif dalam berblog. Baru-baru ini cuba untuk mengambil bayaran daripada Google AdSense di pejabat POS malangnya pembayaran wang dari syarikat tidak boleh lagi dilakukan. Pejabat POS hanya boleh proses penerimaan wang Western Union daripada individu sahaja.

Setelah itu Sop cuba pula di Bank Simpanan Nasional (BSN) namun perkara sama yang berlaku iaitu tidak boleh proses bayaran daripada syarikat untuk Western Union. Sop dicadangkan ke pejabat Western Union untuk urusan kiriman wang daripada syarikat.

Hasil cari Google didapati terdapat pusat Western Union di Sentul dan ia merupakan kedai pertukaran wang. Sop terus ke sana dan bertanya sama ada boleh mengambil wang Western Union daripada syarikat. Alhamdulillah di situ boleh buat proses tersebut dan baru Sop isi borang. Berbeza sebelum ini Sop telah siap isi borang dan mengambil nombor tetapi rupanya tidak boleh diproses.

Bagi anda yang menerima bayaran daripada Google AdSense atau syarikat, pastikan ke pusat Western Union sahaja kerana pejabat POS dan BSN tidak lagi boleh proses penerimaan wang lagi. Bagi bank lain tidak pasti pula boleh atau tidak.
Previous
Next Post »