11 April 2016

Amani sudah boleh berjalan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.




Alhamdulillah, Amani telah pandai berjalan setelah berumur setahun. Sebelum ini, Amani masih takut-takut untuk berjalan tetapi selepas ulang tahun kelahiran pertama baru ini, Amani mula berjalan dengan sendiri. Pada awalnya hanya beberapa langkah dan sekarang setelah 3 hari, Amani semakin mahir berjalan.

Jika lihat perbandingan dengan abang-abangnya, Amani agak awal juga berjalan namun masih tidak dapat menangani rekod Auni yang boleh berjalan pada umur 9 bulan.

Sejak dapat kaki ini, kelihatan Amani makin aktif dan tidak boleh duduk diam. Kelihatan Amani gigih memahirkan diri berjalan. Jatuh dan bangun berjalan. Kadang-kadang sahaja merangkak mungkin kerana penat. Kami jangkakan dalam masa sebulan nanti Amani akan mahir sepenuhnya berjalan.

Selepas ini, boleh lihat Amani berlari pula kan? Huhuhu

Saya gigih belajar berjalan #amani #ecah Azura Binti Adnan
Posted by Gnesop Poseng on Thursday, April 7, 2016


EmoticonEmoticon