30 March 2016

Tempat melepak Amani yang baharu

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Sejak dapat merangkak, Amani mula meronda sekitar rumah. Dari ruang tamu hingga ke dapur dan sampai ke bilik. Jika ada sahaja perkara yang menarik perhatian memang laju sahaja Amani bergerak ke situ.

Baru-baru ini Amani telah jumpa port baru untuk lepak iaitu bawah meja makan. Masa mula-mula Amani masuk bawah meja kami tidak perasan. Cari punya cari rupanya berada bawah meja. Macam seronok sahaja berada bawah meja makan sedangkan tiada apa di bawahnya. Mungkin suasana yang menjadikan ia menarik berada di bawah meja.

Oleh kerana ruang yang sempit, beberapa kali juga Amani terantuk sama ada dengan meja atau kerusi namun tidak menghalang untuk terus rajin melepak di situ. Agaknya Amani bayangkan sedang berkhemah kot? Huhuhu


1 comment:

  1. hahaha comel nya.. tu la dia tgh berkhemah kot. rasa selamat dok bawah meja ye. =P

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon