21 March 2016

Photoshoot Auni dengan binaan huruf

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Fotografi merupakan bidang yang menarik untuk dipelajari bagi yang berminat walaupun sebagai hobi. Kita mendapat kepuasan jika mendapat rakam gambar yang menarik.

Sop meminati dunia fotografi sekadar hobi. Dapat rakam gambar menarik famili pun sudah mencukupi. Sekurang-kurangnya jika pergi melancong atau berjalan mana-mana boleh dapat rakam gambar menarik. Walaupun tahap amatur tetapi cukup untuk kepuasan diri sendiri.

Fotografi ini kita perlu belajar dan praktis. Daripada situ, kita akan belajar dan membuat penambahbaikkan. Adalah penting untuk cuba teknik-teknik tertentu bagi memastikan kemahiran fotografi lebih mantap.

Biasanya untuk belajar atau praktis, anak-anak akan menjadi model. Ketika mood mereka baik, memang mudah untuk ajak photoshoot. Kadang-kala ada masanya memang langsung tidak mahu bergambar, jadi tidak perlu hendak pujuk untuk ajak bergambar :)

Photoshoot bersama Auni di taman rumah sahaja. Banyak tempat yang boleh dijadikan lokasi menarik untuk photoshoot walaupun di kawasan biasa sahaja. Apa yang penting, kita perlu kreatif dan mencari sudut yang sesuai,

Berikut hasil photoshoot syok sendiri bersama Auni:












8 comments:

  1. model-model ni dapat upah tak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat upah dapat main kat playground jer.. huhuhu

      Delete
  2. cantik photoshoots

    boleh bikin duit ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik nis
      photoshoot suka suki je. blom hebat untuk jual hasil :)

      Delete
  3. Replies
    1. tengah mood cantik utk bergambar
      tp agak senang la auni nak pose :)

      Delete
  4. Pandainya auni berposing ya?

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon