Amani boleh buat aksi menonggeng

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Amani Aisyah hampir menjangkau umur 1 tahun. Alhamdulillah sejak mengambil ubat sawan, Amani tidak lagi terjadi sawan. Oleh itu, kami teruskan mengambil ubat sawan sehingga dicadangkan oleh doktor untuk berhenti. Pe memeriksakan doktor juga telah dipanjangkan tempoh dari sebulan menjadi 3 bulan sekali.

Ketika ini, kami menantikan detik Amani boleh berjalan. Tidak sabar pula rasanya untuk melihat Amani berjalan. Walaupun rekod kakak Auni tidak berjaya dipecahkan oleh Amani tetapi harap Amani boleh berjalan masa tersekat ini.

Aksi terbaru yang Amani boleh buat ialah menonggeng seperti hendak bangun berdiri. Namun apabila kedudukan mencangkung Amani akan kembali duduk. Kelihatan Amani sedikit takut untuk berdiri. Begitu juga apabila kami mengajar Amani berjalan, dia akan duduk jika dilepaskan tangan.

Ketika bertatih secara pegang, memang agak laju berjalan. Sepanjang katil atau sofa, memang lihat Amani berjalan. Cuma kadang-kadang Amani lepas tangan untuk dapatkan keyakinan. Memang nampak sangat Amani hendak berjalan mungkin rasa belum yakin sahaja. Boleh lihat sikap Amani yang sangat berhati-hati.

Jika kakak Auni dulu berbeza, dia sangat berani dan suka mencuba. Oleh sebab itu banyak kali kakak Auni tercedera akibat kesilapan teknik seperti terantuk, jatuh dan sebagainya. Terlalu berani juga sangat bahaya.

Semoga Amani akan boleh berjalan dalam masa tersekat. Jika boleh berjalan, rasanya selesai masalah mengutip benda di atas lantai yang Amani gemar buat ketika ini. Kutip dan makan ketika merangkak memang susah di atasi. Ada sahaja benda yang Amani jumpa. Huhuhu


Previous
Next Post »